Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Negara Ke Fasa Kedua Jika Purata Kes Bawah 4,000 Tujuh Hari Berturut-Turut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 8:05AM

Dr Adham Baba - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata selain itu kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) juga perlu mencapai paras 75 peratus ke bawah di samping 10 peratus populasi yang telah divaksin.

“Hari ini, Alhamdulillah, vaksinasi sudah melebihi 10 peratus iaitu 11 peratus, dan dengan adanya pendekatan nilai ambang ini, kita boleh bergerak ke fasa dua, tiga dan empat,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi empat fasa adalah strategi peralihan keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 bagi mengembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun ini.

Ia bersandarkan tiga indikator iaitu keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di ICU dan indikator ketiga adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Dr Adham berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 merupakan kaedah intervensi untuk mencapai sasaran pelan berkenaan.

“Kita ada satu unjuran model SEIR (Susceptible-Exposed-Infectious-Removed), dan dalam Pelan Pemulihan Negara kita lihat kepada nilai RT (kadar kebolehjangkitan).

“Kalau sebelum ini nilai RT masih pada 1.2, mengikut unjuran SEIR kita mungkin akan ada 13,000 kes (COVID-19)… tetapi disebabkan PKP 3.0, kita dapat intervensi sehingga unjuran SEIR di bawah 1 iaitu 0.9.

“Ini memerlukan tekad kuat iaitu memerangi COVID-19 dengan tindakan kesihatan awam, vaksinasi dan solidariti rakyat kerana kita bukan sahaja berdepan dengan virus seperti dulu tetapi ada juga varian baharu,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata kerajaan mempunyai pelan untuk membolehkan golongan berumur 12 tahun ke atas mengambil vaksin namun perlu memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan  diselesaikan terlebih dahulu.

“Pihak pengeluar vaksin Pfizer telah kemukakan yang boleh beri vaksin kepada umur 12 tahun ke atas...kita kena ada data daripada Pfizer yang meyakinkan, dan keduanya, kita perlu dahulukan mereka yang mengambil peperiksaan iaitu tingkatan lima dan enam.

“Itu hanya berlaku selepas kita selesaikan program imunisasi kebangsaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

2

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

3

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

4

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital