web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja, Ketua Agensi Kerajaan Mula Beredar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 6:39PM

Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilihat meninggalkan Istana Negara. - Gambar oleh Saddiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua agensi kerajaan dilihat meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja, sebentar tadi.

Antara yang dilihat keluar melalui Pintu 1 Istana Negara adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada perbincangan khas yang dihadiri mereka bersama Raja-Raja Melayu lain sudah selesai atau pun tidak.

Sebelum itu, kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilihat berangkat meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 5.15 petang.

Getaran difahamkan, Sultan Iskandar berangkat meninggalkan Istana Negara bagi menghadiri urusan peribadi.

Terdahulu, Raja-Raja Melayu berkenan mencemar duli menghadiri Perbincangan Khas atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Antara yang berangkat mencemar duli adalah Sultan Ibrahim Iskandar, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut mencemar duli, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad