web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi Dibuka Secara Berperingkat Sekiranya Kes Turun Di Bawah 4,000 Sehari - PM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 6:07PM

Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif semasa fasa ketiga. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat di bawah fasa kedua pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis sekiranya purata kes harian COVID-19 turun di bawah 4,000, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, fasa kedua merupakan kesinambungan daripada fasa pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat.

“Pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.

“Senarai positif daripada fasa 1 akan juga diperluaskan semasa fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor dan aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen petang ini.

Muhyiddin berkata Malaysia boleh beralih kepada fasa ketiga sekiranya negara berjaya mencapai nilai ambang iaitu purata kes harian COVID-19 menurun ke paras di bawah 2000 kes, sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Katanya, nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos 2021.

Fasa ketiga melibatkan peralihan daripada pendekatan senarai positif kepada senarai negatif, iaitu di mana semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19.

“Semasa fasa ketiga, semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian.

“Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti fasa kedua dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat,” katanya.

Muhyiddin berkata, bagi fasa ketiga, semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan had kapasiti.

Senarai negatif fasa ketiga yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi kerana melibatkan keramaian seperti penganjuran konvensyen dan apabila penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti di pub, spa dan salon kecantikan.

Kelonggaran kepada had kapasiti akan dipertimbangkan untuk membolehkan syarikat beroperasi sepenuhnya setelah pekerjanya telah divaksinasikan, katanya.

Malaysia melaksanakan PKP 3.0 apabila kes baharu harian COVID-19 terus melonjak tinggi yang menyebabkan perniagaan terpaksa menutup sementara operasi mereka.

Bagaimanapun, industri makanan dan minuman, perkhidmatan kesihatan, utiliti air dan tenaga, pengangkutan - termasuk pelabuhan dan lapangan terbang - yang merupakan kategori perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP 3.0 yang bermula 1 Jun dan baru-baru ini dilanjutkan sehingga 28 Jun.

Ini telah menyebabkan firma penyelidikan dan agensi penarafan menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka bagi Malaysia.

Maybank Kim Eng Research telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) bagi tahun 2021 kepada 4.2 peratus daripada 5.1 peratus sebelum ini berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan yang lebih ketat bulan lepas dan sekatan penuh bulan ini.

 Firma penyelidikan itu menyatakan semakan menurun itu terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan rendah bagi perbelanjaan perkhidmatan dan perbelanjaan.

KDNK Malaysia menyusut 5.6 peratus tahun lepas berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada 2019.

Setakat Selasa (15 Jun), Malaysia mencatatkan 5,419 kes COVID-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sejak pandemik itu bermula kepada 667,876 kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad