web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program MyMedic, 2,400 Petugas WCT Group Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 9:20PM

Seramai 2,400 kakitangan WCT Group menerima dos pertama COVID-19 menerusi Program Percubaan MYMedic @ Wilayah Vaksinasi Bergerak, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 2,400 petugas WCT Holdings Berhad (WCT Group) menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Percubaan MYMedic @ Wilayah Vaksinasi Bergerak, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan WCT Group, Datuk Lee Tuck Fook berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk melindungi petugas daripada jangkitan virus, sekali gus mencegah penularan di tapak pembinaan.

Menurut beliau, proses pemberian vaksin itu dimulakan dengan pekerja di tapak pembinaan di ibu kota, bagi memastikan kesinambungan projek dengan lebih selamat.

“Semua petugas ini diberi keutamaan kerana masing-masing terdedah pada risiko jangkitan kerana berada dalam ruang lingkup yang padat,” katanya di sini, semalam.

Program vaksinasi selama dua hari bermula dari 12 Jun hingga 13 Jun itu melibatkan petugas bahagian kejuruteraan dan pembinaan, yang menerima vaksin jenis Sinovac.

Tuck Fook menarik perhatian, Kementerian Wilayah Persekutuan menetapkan sasaran imuniti kelompok sebanyak 80 peratus di seluruh Kuala Lumpur menjelang Oktober tahun ini.

Jelas beliau, fokus utama adalah di kawasan berkepadatan tinggi dan tapak pembinaan.

“Kami akan mengadakan sebanyak mungkin program vaksinasi dan akan terus bekerjasama dengan kementerian bagi membolehkan sasaran berkenaan dicapai,” katanya. – Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad