web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aerotrain Kembali Beroperasi 1 Jun, 24 Jam Sehari

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2026 5:36PM

Gambar Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan kembali beroperasi 24 jam sehari bermula tengah malam 1 Jun susulan siapnya Pelan Tindakan Komprehensif (CAP), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata pelan berkenaan yang dilaksanakan sejak November 2025 melibatkan koordinasi bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan telah disahkan oleh penilai kereta api bebas.

"CAP merangkumi tiga peringkat berstruktur, iaitu kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan, ujian serta pengesahan sistem dan operasi percubaan.

"Ujian ketahanan dijalankan selama tempoh 24 jam dan 48 jam dalam keadaan berpenumpang dan tanpa penumpang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Loke berkata Aerotrain telah merekodkan tahap Ketersediaan Perkhidmatan Operasi 100 peratus sejak Januari 2026.

Beliau berkata waktu untuk kerja-kerja kejuruteraan harian dari 12 tengah malam hingga 5 pagi akan terus dikekalkan, dengan sebuah tren kekal beroperasi untuk perkhidmatan penumpang sementara kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin dijalankan.

"Kementerian Pengangkutan melalui APAD akan terus melaksanakan pengawasan kawal selia terhadap operasi Aerotrain, manakala Malaysia Airports kekal bertanggungjawab untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang ditetapkan di bawah pelan ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Nombor Plat FFF 1 Milik Agong, Salur Nilai Bidaan RM 1.75 Juta Kepada Kerajaan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

MOT Arah PRASARANA Bincang Masalah Teknikal LRT, MRT

4

Politik 3 tahun yang lalu

Anthony Loke Jumpa Abang Jo, ‘DAP Mohon Maaf Kepada Rakyat, Kerajaan Sarawak’

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad