web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anthony Loke Jumpa Abang Jo, ‘DAP Mohon Maaf Kepada Rakyat, Kerajaan Sarawak’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 11:17AM

Anthony Loke - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – DAP memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak di atas segala kenyataan pemimpin parti itu yang pernah menyinggung perasaan mereka selama ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, permohonan maaf itu disampaikan semasa berkunjung ke kediaman Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuching, Sarawak pagi ini.

Turut hadir bersama Anthony Loke, Timbalan Premier Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Katanya, perbincangan antara mereka berlangsung dalam keadaan baik.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra.

“Saya memaklumkan kepada Abang Johari sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili parti untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berharap pertemuan tersebut akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

Semalam, GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam urusan melantik Perdana Menteri ke-10.

Pejabat Premier Sarawak menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Baru-baru ini, Abang Johari mengemukakan cadangan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan daripada gabungan yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Cadangan itu mewakili keterangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendaklah dihormati.

“GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi,” katanya. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Aerotrain Kembali Beroperasi 1 Jun, 24 Jam Sehari

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3