web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peranan Ibu Semakin Mencabar, Krisis Global Beri Kesan Kepada Keluarga - Fadillah

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2026 4:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peranan ibu mutakhir ini semakin mencabar, tatkala keadaan ekonomi dan sosial terus berubah. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara cabaran utama yang perlu dihadapi golongan ibu moden ialah mendidik anak masing-masing dalam era teknologi dan media sosial. 

Menurut beliau, cabaran ini menjadi lebih besar apabila dunia berdepan krisis bekalan global yang menyebabkan gangguan bekalan barangan dan peningkatan kos. 

“Keadaan ini memberi kesan kepada keluarga, khususnya ibu yang bertanggungjawab memastikan keperluan harian mencukupi,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian dalam perutusan Hari Ibu yang disambut di seluruh negara hari ini. 

Dalam hal ini jelas Fadillah, kerajaan MADANI sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dalam mendepani cabaran semasa. 

Keutamaan kerajaan katanya, adalah jelas, iaitu melindungi rakyat dan memastikan bekalan keperluan asas negara sentiasa mencukupi serta tidak terputus. 

“Pelbagai langkah sedang dan akan terus diperkukuhkan bagi menjamin kestabilan bekalan serta mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, khususnya golongan keluarga dan ibu yang menjadi pengurus utama dalam keluarga.

"Sesungguhnya, kekuatan sesebuah negara bermula daripada institusi keluarga yang kukuh, dan di tengah-tengah kekuatan itu berdirinya seorang ibu yang tabah, sabar dan penuh kasih sayang,” katanya. 

Menerusi hantaran sama, beliau turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh insan bergelar ibu, kerana tampil sebagai wanita hebat dan menjadi tiang keluarga, selain bergelar pendidik pertama anak-anak dan sumber kasih sayang yang tidak pernah padam.

“Kasih sayang tanpa syarat. Pengorbanan tanpa batas. Begitulah besarnya kasih ibu, ummi, ummu, emak, mama, bonda, mummy atau lain-lain gelaran untuk insan yang melahirkan kita ke dunia ini.

“Tugas sebagai seorang ibu, sangat mulia. Saya fahami cabaran membesarkan anak-anak dalam era yang serba mencabar ini bukanlah hal yang mudah. 

“Namun biar apa pun kepayahan yang harus dilalui, semoga ibu-ibu ini diberikan kekuatan dan diangkat darjat mereka di sisi Allah SWT,” katanya. - Getaran, 10 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 bulan yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad