web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2026 1:21PM

Fadillah Yusof - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengamal media dan wartawan di Malaysia disifatkan sebagai antara benteng utama dalam mempertahankan demokrasi serta mengekalkan kestabilan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, profesion kewartawanan memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima maklumat tepat, seimbang dan berwibawa, khususnya dalam mendepani cabaran era digital yang semakin kompleks.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, beliau berkata, komuniti media negara terus menjadi pemangkin dalam memperkukuh kefahaman rakyat, menggalakkan wacana berinformasi dan memelihara keharmonian sosial.

Tegasnya, peranan wartawan hari ini tidak lagi terhad kepada pelaporan berita semata-mata, sebaliknya turut berfungsi sebagai jambatan penting antara rakyat dan kerajaan.

“Dedikasi para wartawan amat besar maknanya dalam memperkukuh demokrasi serta membina masyarakat yang berilmu dan bermaklumat.

“Dalam landskap media yang semakin mencabar dan pantas berubah, wartawan bukan sekadar menyampaikan berita, malah menjadi penghubung penting antara rakyat dan kerajaan,” katanya.

Fadillah berkata, media yang bebas, bertanggungjawab dan beretika merupakan rakan strategik negara dalam memelihara perpaduan, keselamatan serta pembangunan jangka panjang Malaysia.

Beliau pada masa sama turut menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan wartawan yang sentiasa berada di lapangan, termasuk ketika bencana dan krisis, demi memastikan rakyat memperoleh maklumat sahih serta seimbang.

“Saya amat menghargai pengorbanan wartawan yang sentiasa berada di lapangan walaupun berdepan situasi mencabar demi memastikan rakyat menerima maklumat yang autentik dan seimbang,” katanya.

Mengulas cabaran semasa industri media, Fadillah berkata, era digital menyaksikan peningkatan penyebaran berita palsu, fitnah dalam talian dan kandungan sensasi yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap media.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengamal media agar terus berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan yang berteraskan fakta, integriti dan akauntabiliti.

“Cabaran penyebaran maklumat palsu, fitnah dan sensasi ketika ini memerlukan pengamal media kekal komited terhadap prinsip kewartawanan yang berasaskan fakta dan tanggungjawab,” katanya.

Fadillah memberi jaminan, kerajaan mengiktiraf kepentingan media dalam proses pembangunan negara, dan percaya kerjasama erat antara pihak berkuasa serta organisasi media mampu memperkukuh penyampaian dasar dan inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Beliau turut berharap industri media tempatan terus berkembang seiring kemajuan teknologi tanpa mengabaikan nilai profesionalisme, etika dan kemanusiaan.

“Wartawan bukan sekadar pencatat sejarah, tetapi juga individu penting dalam membentuk pemikiran masyarakat dan masa depan negara,” katanya.

Mengakhiri perutusan HAWANA 2026, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh pengamal media atas jasa dan pengorbanan mereka dalam menjalankan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

Sambutan HAWANA 2026 tahun ini membawa tema “Integriti Media, Teras Kredibiliti”, yang menekankan kepentingan kewartawanan beretika dan pelaporan bertanggungjawab dalam era digital. - Getaran, 29 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 minggu yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Peranan Ibu Semakin Mencabar, Krisis Global Beri Kesan Kepada Keluarga - Fadillah

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Bertembung Babi Hutan, Wanita Maut, Suami Cedera 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Syed Saddiq: Pengeluaran RM1 Juta Tak Boleh Disamakan Dengan Pecah Amanah - Mahkamah Persekutuan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

oleh Sophia Ahmad