web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penurunan Ketara Harga Diesel Pacu Penyelarasan Menyeluruh Bahan Api

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2026 8:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan menyeluruh harga runcit bahan api bagi tempoh 23 hingga 29 April, didorong kejatuhan ketara harga diesel susulan penyusutan harga minyak global.

Pelarasan itu dibuat menerusi mekanisme harga automatik berasaskan purata harga pasaran antarabangsa minggu sebelumnya, sekali gus menyaksikan penurunan bagi semua kategori utama bahan api.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan penurunan paling ketara, susut 85 sen kepada RM5.12 seliter manakala RON97 pula turun 25 sen kepada RM4.85 seliter dan RON95 berkurang 15 sen kepada RM3.87 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, penurunan berkenaan mencerminkan kelegaan jangka pendek dalam harga minyak global, namun menegaskan kos bahan api keseluruhan masih kekal tinggi berbanding paras sebelum krisis, di tengah ketidaktentuan berterusan pasaran tenaga antarabangsa.

Menurutnya, ketidakpastian terus dipacu ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mengganggu rantaian bekalan serta menjejaskan rangkaian pengeluaran dan pengedaran.

Kerajaan katanya, akan terus memantau perkembangan bagi memastikan keselamatan bekalan bahan api, di samping mengurangkan impak turun naik harga terhadap isi rumah dan sektor perniagaan.

Dalam masa sama, program subsidi bersasar kekal diteruskan, khususnya inisiatif BUDI95 yang menyaksikan harga RON95 dihadkan pada RM1.99 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter.

Sistem subsidi terkawal bagi petrol dan diesel juga tidak mengalami perubahan.

Pihak berkuasa memaklumkan, pemulihan bekalan dijangka mengambil masa berikutan gangguan terhadap kemudahan pengeluaran serta logistik antarabangsa, meskipun harga minyak global menunjukkan tanda penyusutan.

Kerajaan menegaskan akan mengekalkan pendekatan berhati-hati dalam penetapan harga bahan api bagi mengimbangi pergerakan pasaran dengan perlindungan pengguna, selain memastikan bekalan domestik kekal mencukupi dan stabil.

Pengguna turut digesa menggunakan bahan api secara berhemah bagi menyokong kestabilan bekalan negara dalam tempoh ketidaktentuan global yang berterusan. - Getaran, 22 April 2026

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

HFMD Catat Penurunan, Langkah Pencegahan Masih Perlu

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Kes COVID-19 Menurun, 30,644 Jangkitan Baharu Semalam

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Kes Baharu COVID-19 Turun Bawah 10,000 Hari Ini, Rekod 9,066 Kes - KP Kesihatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran