web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HFMD Catat Penurunan, Langkah Pencegahan Masih Perlu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 3:35PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menurun pada minggu epidemiologi (ME) 23/2022 dengan 13,080 kes direkodkan berbanding 16,954 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes tersebut setakat Sabtu lalu sebanyak 95,924 kes, meningkat 36 kali ganda berbanding 2,654 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, trend kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME 22/2022 selepas mencapai kemuncak tertinggi pada ME 21/2022.

“Selangor menyumbang jumlah angka tertinggi dengan 26,799 kes (27.9 peratus), diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 10,739 kes (11.2 peratus).

“Perak pula merekodkan 9,744 kes (10.2 peratus), Johor 6,326 kes (6.6 peratus), Kelantan 6,153 kes (6.4 peratus), sementara negeri-negeri lain pula sekitar atau kurang daripada 5,500 kes,” katanya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, kebanyakan kes membabitkan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah (86,230), diikuti mereka yang berusia 7 hingga 12 tahun (7,878 kes) manakala selebihnya 12 tahun dan ke atas (1,816 kes).

Jelasnya lagi, berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) di Malaysia, tiga virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti tahun ini adalah Enterovirus 71 (EV71), Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16).

“Pada 2022, sehingga kini terdapat tiga kes HFMD yang dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU).

“Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) disahkan dijangkiti EV71 dan masih dibawah pemantauan rapi di ICU manakala kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 1,882 wabak dilaporkan di negara ini dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 602 kes (32 peratus), diikuti Sarawak (265 kes) dan Selangor 233 kes.

“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan pra-sekolah iaitu 1,102 kes (59 peratus).

“Sementara itu, rumah persendirian merekodkan 696 kes (37 peratus) manakala pusat jagaan kanak-kanak pula sebanyak 55 kes (3 peratus),” katanya.

Ujarnya, walaupun berlaku penurunan selama dua minggu berturut-turut, orang ramai diingatkan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelak diri dan ahli keluarga dijangkiti HFMD.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melaksanakan tindakan kawalan dan langkah pencegahan bagi penyakit HFMD di seluruh Malaysia membabitkan sejumlah 55,227 premis yang diperiksa.

“Sebanyak 1,125 premis ditutup di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala 342 premis lagi ditutup secara sukarela,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penurunan Ketara Harga Diesel Pacu Penyelarasan Menyeluruh Bahan Api

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

45 Murid Dijangkiti HFMD, Perak Ambil Langkah Kawalan - Exco

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Kes HFMD Dijangka Turun 2 Hingga 3 Minggu Lagi - Khairy

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad