web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


45 Murid Dijangkiti HFMD, Perak Ambil Langkah Kawalan - Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 7:48PM

Penularan penyakit tangan, kaki dan mulut di Perak masih belum berada pada tahap yang membimbangkan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata sehubungan itu terdapat beberapa kelas prasekolah dan sekolah rendah diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah selama 10 hari.

“… murid yang terlibat diberi cuti kuarantin bagi membendung penyakit tersebut daripada terus merebak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pesta Buku Perak 2023 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Bagaimanapun Khairudin berkata penularan HFMD di negeri ini belum berada di tahap yang membimbangkan namun pihak berkaitan sudah mengambil langkah kawalan sewajarnya supaya ia tidak berleluasa.

Dalam perkembangan lain Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak masih menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan terhadap pelajar sebuah sekolah menengah di Gunung Rapat yang terlibat dalam kes buli, bulan lalu.

Beliau berkata sekiranya terdapat perkara menyalahi undang-undang dalam kes berkenaan, tindakan berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan diambil terhadap pelajar terbabit.

Katanya ketika ini kedua-dua mereka iaitu pelajar Tingkatan Tiga yang mengalami kecederaan akibat dibuli seorang lagi pelajar Tingkatan Lima sekolah itu dibenarkan bersekolah seperti biasa.

"Kedua-dua pelajar itu boleh hadir ke sekolah seperti biasa bergantung kepada kebenaran daripada ibu bapa masing-masing.

"Pihak sekolah juga telah mengambil SOP tertentu bagi mengelakkan kejadian buli tidak berulang lagi,” katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khairudin dilaporkan pelajar lelaki terlibat adalah atlet sepak takraw dibuli dengan mangsa ditendang dan dipijak oleh seorang pelajar senior.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dilapor berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 24 Julai lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad