web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes HFMD Dijangka Turun 2 Hingga 3 Minggu Lagi - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 2:49PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan (KMM) menjangkakan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata penularan penyakit itu biasanya berlaku secara bermusim dan apabila tahap imuniti kanak-kanak meningkat, kes jangkitan akan turun dengan sendirinya.

“Ia (HFMD) akan mula dan akan jadi gelombang dan tak sampai sebulan ia akan turunlah dengan signifikan sendirinya.

“Apabila ramai kanak-kanak terdedah kepada virus-virus tersebut, maka tahap imuniti mereka akan naik dan akan turun bilangan kes dan juga ada intervensi dari segi kebersihan kendiri, kebersihan taska, pusat-pusat asuhan dan sebagainya juga membantu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada kerajaan Jepun melalui Bantuan Geran Jepun kepada KKM yang turut dihadiri Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko.

Khairy berkata kementeriannya mempunyai teori berkenaan faktor peningkatan kes HFMD dengan mendadak pada tahun ini berbanding pada 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19.

Beliau berkata sewaktu tempoh pandemik selama dua tahun lepas, kanak-kanak kurang berada di luar dan tidak terdedah kepada virus HFMD sekali gus menyebabkan imuniti mereka rendah bagi melawan virus itu.

“Jadi bila dia (kanak-kanak) tak terdedah kepada virus ini, dia punya tahap imuniti pun turunlah. Dia tak pernah jumpa virus ini. Ini teori klasik imuniti semula jadi. Bila dia tak terdedah dengan virus-virus, dia punya imuniti akan rendah.

“Sebab itu mungkin kes agak tinggi sekarang sebab kanak-kanak kita boleh dikatakan sebagai naif dengan virus HFMD ini, jadi sebab itu akan ada banyak kes ketika ini,” katanya.

Beliau menjelaskan kebanyakan kes HFMD di negara ini juga tidak serius, namun ibu bapa dinasihatkan supaya segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan sekiranya bergejala dan tidak menghantar ke taska, tadika atau pusat asuhan kanak-kanak sekiranya dijangkiti penyakit itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish