web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Menurun, 30,644 Jangkitan Baharu Semalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 2:46PM

Jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia kini adalah 3,367,871 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30,644 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, satu penurunan berbanding 32,070 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,367,871 kes.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 30,387 pesakit tempatan dengan 257 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 20,931 atau bersamaan 68.30 peratus. Sebanyak 9,557 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 91 kes iaitu 0.30 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (39) serta kategori 5 (26),” katanya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 156 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 33 iaitu 21.15 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 77 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 46 lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 78 kes berumur 60 tahun ke atas, 89 mempunyai komorbiditi manakala dua lagi membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan lima kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 498 kluster yang masih aktif.

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,767 kluster sudah direkodkan sejak wabak berkenaan dikesan di Malaysia.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 332 kes iaitu 144 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dengan 188 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 196 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 22,678 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,040,850 kes. - Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Penurunan Ketara Harga Diesel Pacu Penyelarasan Menyeluruh Bahan Api

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 15 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95