web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Masih Berat Untuk Terima", Вара Kongsi Duka Kehilangan Prebet Muhammad Amirul

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2026 10:40AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAMPIN - Pemergian anggota tentera Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi bukan sahaja meragut nyawa seorang anggota muda, malah meninggalkan luka mendalam kepada seluruh keluarganya.

Rosafindi Tambi Chik, 49, iaitu bapa Allahyarham, menyitatkan anak sulungnya itu seorang yang bertanggungjawab dan amat menyayangi keluarga, khususnya adik-beradik.

"Bapa mana tidak sayang anak...saya reda dengan pemergiannya dan serahkan segalanya kepada Allah. Namun, apa yang berlaku ini masih berat untuk saya terima," katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, Gemas di sini hari ini.

Menurutnya, Allahyarham seorang yang pendiam dan tidak banyak berkongsi cerita, namun sebagai bekas tentera, dia memahami cabaran dihadapi anggota baharu dalam menjalankan tugas.

Sementara itu adik perempuan, Ainur Shazwani, 22, menyifatkan abangnya sebagai seorang yang sangat baik dan penyayang.

"Kali terakhir kami berhubung adalah pada hari kejadian. Kami sempat membuat panggilan video dan berbual seperti biasa pada waktu siang. Jadi apabila menerima berita yang menimpa abang saya pada malam itu, saya sangat terkejut," katanya.

Terdahulu, suasana pilu dan hiba menyelubungi Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah di Gemas dekat sini apabila van membawa jenazah Muhammad Amirul tiba kira-kira 2.18 pagi tadi.

Ahli keluarga, anggota Tentera Darat (TDM) serta sahabat turut mengiringi jenazah anggota pasukan Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) itu untuk disolatkan kira-kira 2.30 pagi di masjid berkenaan.

Turut menunaikan solat jenazah Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Jenazah Muhammad Amirul dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, Gemas di sini pada 4.30 pagi dengan penuh istiadat ketenteraan.

Muhammad Amirul, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.40 pagi semalam, selepas berada dalam keadaan koma sejak 30 Mac lepas, ketika menerima rawatan di Sultan Haji Ahmad Shah Hospital, Temerloh (HOSHAS) akibat dikasari seorang anggota berpangkat koperal.

Muhammad Amirul dilaporkan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan rapi di hospital akibat kecederaan parah yang dialami susulan insiden pukul di Kem Batalion 25 RAMD, Bentong.

Kejadian itu dilaporkan berpunca daripada tindakan seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah berusia 37 tahun yang didakwa menggunakan kekerasan akibat tidak berpuas hati berhubung penugasan diarahkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 5 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 1 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad