web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Maut, 2 Cedera Nahas 3 Kenderaan, Pemandu Treler Positif Dadah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2026 1:02PM

Gambar JBPM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga individu maut manakala dua lagi cedera ringan dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu, petang semalam.

Ketua Polis Johor Datuk CP Ab Rahaman Arsad berkata kejadian pada 3.45 petang itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler yang dipandu seorang lelaki tempatan melanggar bahagian belakang sebuah van yang dinaiki mangsa.

"Akibat pelanggaran itu, van berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori," katanya dalam kenyatan awal pagi tadi.

Beliau berkata tiga mangsa yang berada di dalam van disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ab Rahaman berkata dua lagi penumpang van mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala pemandu lori dan treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pemandu treler telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian, serta Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Pemandu treler  dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat pagi ini untuk permohonan reman dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada 4.24 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Komander Operasi PBK II Zainal Abidin Che Deraman berkata setibanya di lokasi pada 4.55 petang pihaknya mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah van, sebuah lori treler jenis Volvo dan sebuah lori 10 tan, dengan tujuh mangsa terbabit.

"Kerja-kerja menyelamat mangsa yang tersepit serta pembersihan kawasan kemalangan dilakukan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.35 petang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad