web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Tumpas, 5 Lelaki Nigeria, 1 Wanita Tempatan Dicekup

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 8:48PM

Mohd Kamarudin bercakap di dalam sidang media secara maya hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan lima lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan Parcel Scam dan Love Scam selama lima tahun, menerusi beberapa serbuan berasingan di sekitar Cheras dan Serdang, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 45 tahun, dan diberkas dalam operasi bermula jam 8 pagi hingga 4 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi JSJK Bukit Aman.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kesemua warga Nigeria terbabit memasuki Malaysia dengan menggunakan pas pelajar.

“Kesemua suspek tidak pulang ke negara asal mereka selepas tamat tempoh pas pelajar dan tinggal di negara ini secara haram untuk menjalankan sindiket Love Scam serta Parcel Scam.

“Mereka beroperasi dalam dua kumpulan yang berbeza bagi mencipta akaun palsu di media sosial seperti Facebook, Instagram, Tinder, Dating Apps dan beberapa platform lain," katanya dalam sidang media secara maya di sini hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, sindiket berkenaan berjaya memperdaya seorang wanita berusia 44 tahun baru-baru ini, membabitkan kerugian bernilai RM2.7 juta.

“Suspek mula meminjam wang mangsa atas alasan ingin mendapatkan kontrak perniagaan, walaupun baru berkenalan selama sebulan.

“Walaupun tidak pernah bersemuka, mangsa telah membuat beberapa transaksi ke dalam akaun milik sebuah syarikat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.7juta,” katanya.

Beliau memberitahu, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek mula menyekat dan menghentikan segala komunikasi selepas menerima kesemua wang berkenaan.

“Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ini, termasuk merekodkan keterangan seorang wanita berusia 30-an, disyaki berperanan sebagai ‘keldai akaun’ untuk suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” tambahnya.

Mohd Kamarudin menarik perhatian, tangkapan ke atas kesemua suspek berjaya membawa kepada rampasan sebuah kereta, 16 buah telefon bimbit, empat komputer riba, dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 15 kad mesin juruwang automatik (ATM), 20 kad sim dan tiga pasport serta wang tunai berjumlah RM2,823.

“Orang ramai diharapkan lebih berwaspada ketika melayari media sosial kerana sindiket penipuan sentiasa mengubah teknik dan modus operandi bagi memperdaya mangsa.

“Bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan, orang ramai juga disarankan untuk menggunakan portal semak mule yang boleh diakses melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar