web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buang Sampah Kecil: Lebih 1,000 Ditahan, Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - Kor Ming

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2026 8:16PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 1,000 individu ditahan dan dikenakan tindakan Perintah Khidmat Masyarakat di seluruh negara kerana kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam sejak awal tahun hingga kini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah berkesan dan memberi impak kepada kebersihan negara.

"Kita akan susun fasa ke fasa hukuman khidmat masyarakat. Saya nampak memang ada impak yang ketara dari segi kebersihan awam, kita bersyukur khususnya kerana tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia (VM2026)," katanya.

Kor Ming berkata demikian kepada pemberita pada Program Ihya Ramadan-Islah MADANI: Memurni Jiwa Membangun Ummah bersama warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026 sebagai hukuman untuk menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam.

KPKT memaklumkan pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat itu akan berkuat kuasa di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Kedah serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak menggunakan Akta 672, pelaksanaan perintah berkenaan akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing.

Mengenai entiti tunggal pembersihan awam negara, Kor Ming berkata KPKT akan melaksanakan reformasi pembersihan awam termasuk pembersihan waktu malam serta penukaran lori sampah kepada kenderaan elektrik (EV).

Pada majlis itu, Perdana Menteri bersama warg КРКТ mendengar tazkirah bertajuk "Ramadan Membina Perpaduan dan Kasih Sayang" disampaikan oleh Muhd Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Haris dan menunaikan solat zohor berjemaah.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Unit K9 Bomba Terima Ahli Baharu, Labrador Lahirkan 'Brave'

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Akur Buat Silap, Kor Ming Mohon Maaf ‘Ugut’ Wartawan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Takde Siapa Pertikai Serban Dr MAZA, Orang Bising Kenapa Guna Senapang’ - Netizen

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad