Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Takde Siapa Pertikai Serban Dr MAZA, Orang Bising Kenapa Guna Senapang’ - Netizen

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 10:59AM

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kontroversi dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul tidak dapat dipisahkan.

Lebih dikenali sebagai Dr MAZA, beliau sering ‘menggegarkan’ negara dengan pandangan yang dianggap tidak selari dengan arus pemikiran perdana masyarakat.

Terbaru, ciapannya yang mempersoalkan tindakan sesetengah pihak mempertikaikan kaedah sambutan Minggu Solidariti Palestin di sekolah menyebabkan namanya kembali panas.

Pemakaian serban dan senapang mainan pada minggu solidariti Palestin di sebuah sekolah yang mencetus perdebatan orang ramai. gambar fail
Pemakaian serban dan senapang mainan pada minggu solidariti Palestin di sebuah sekolah yang mencetus perdebatan orang ramai. gambar fail

“Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang 'roket' pun boleh dianggap ganas. 

“Kepada siapa kau ingin lancar roket mu itu? Siapa yang kau mahu hancur dan letupkan? Aku pun ingin bertanya seperti kau bertanya,” katanya.

Ciapan terbabit pantas menerima reaksi netizen, dengan majoriti menganggap Mohd Asri telah menyimpang dari konteks sebenar.

Kaki Langit misalnya berkata, isu berkisar program berkenaan hanyalah satu perkara kecil. 

“Isu ni kecik je , pasal tak setuju dgn minggu solidariti di sekolah..satu pihak pertahankan satu pihak pertikai ... Beginilah saya bukan bijak pandai politik dan Agama , tapi saya juga tidak setuju dgn pemakaian dan senjata mainan, Betul tak jadi apa pasal senjata mainan tu.

“Tetapi ia menimbulkan salah faham pada yg bukan Islam lebih² lagi dalam kawasan sekolah, sekolah adalah milik masyarakat setempat, untuk menunjukkan solidariti pada Palestine pada pendapat saya x perlu pun ada senjata mainan dsb, bukankah lebih baik jika diadakan majlis doa Bacaan Qunut Nazilah ke atau seumpamya bagi menunjukkan solidariti kepada Palestine, saya tak rasa akan ada isu walaupun dibuat sepanjang tahun. Last ckp saya minta maaf andainya teks saya mendatangkan rasa kurang senang pada sesiapa ... Wallahualam,” ciapnya panjang lebar. 

Pendapat senada diluahkan jungledweller di akaun @jungledweller1.

“Kita yang dewasa ni pergi bersoladiriti pun tak bawak senapang, kenapa nak kena libatkan budak dengan senapang?

“Tak ada siapa pertikaikan kain serban, kami parents pertikaikan senapang. Apa pengajaran senapang tu untuk anak-anak?

“Adillah Dr Maza. Bersikap adillah,” katanya.

Ada juga netizen menyifatkan ciapan Mohd Asri tersebut berunsur kebencian terhadap kaum atau parti politik tertentu.

Meski tidak menamakan mana-mana individu atau pihak, ciapan Mohd Asri itu jelas memperlihatkan bahawa ia ditujukan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

A Fire Inside yang menggunakan handle @afialiuddin berkata, orang ramai tidak pernah mempersoalkan pemakaian serban yang digunakan semasa acara terbabit.

“Serban tak ada masalah. Yang masalah senjata mainan. Kamu tak pernah dengar kes pembunuhan tembakan sekolah di US? Janganlah sebab kamu benci pada satu kaum menyebabkan kamu tak berlaku adil,” tegurnya.

Faisal di @faisal_mn_ pula berkata, roket yang menjadi rujukan agamawan berkenaan adalah simbolik kepada masyarakat moden, dinamik dan progresif.

“Roket tu bukan roket mcm yg bedil Palestine. Roket DAP tu simbolik pada maksud di bawah.

“Jgn menipu, sebar kebencian utk tabur kebencian kaum/agama. Ilmu agama tinggi, tapi tinggi lagi nafsu hasad dengki, kebencian ko ni. Kalau Salim Todi tu, aku ok lg. Ini tokoh agama cakap,” katanya, kesal.

Kor Ming beberapa hari lalu menerusi hantaran di Instagram dipetik sebagai berkata, sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremisme dan keganasan, sebaliknya sifat manusiawi dan perasaan cinta keamanan perlu diketengahkan.

“Mereka yang salah guna kuasa dan bertanggungjawab wajib dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Ia susulan tindakan sekolah yang menggunakan replika senjata sebagai props bagi sambutan Minggu Solidariti Palestin, untuk menggambarkan kekejaman rejim Zionis. - Getaran, 31 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 bulan yang lalu

KPM Serah Dana Kemanusiaan Palestin Berjumlah RM11.5 Juta Kepada Wisma Putra

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Minggu Solidariti Palestin: Fadhlina Minta Semua Pihak Jangan Ganggu Ekosistem Sekolah

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Siasatan Sudah Berjalan, Tunggu Laporan Sebelum Bertindak - Fadhlina

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Semasa 1 jam yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM