web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Sudah Berjalan, Tunggu Laporan Sebelum Bertindak - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 8:54PM

Antara aksi pada Minggu Solidariti Palestin di sekolah berkenaan yang menimbulkan kebimbangan kerana menerapkan penggunaan senjata - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Siasatan ke atas sekolah rendah yang menerapkan elemen keganasan dan senjata dalam program Minggu Solidariti Palestin semalam sudah berjalan, bagi membolehkan laporan terperinci mengenai perkara itu diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, laporan terperinci adalah perlu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Menurut beliau, KPM sudah menyediakan garis panduan yang lengkap untuk penganjuran program berkenaan bagi memastikan ia tidak menyalahi peraturan ditetapkan.

“KPM perlu meneliti terlebih dahulu laporan berdasarkan siasatan dibuat, sebelum memutuskan bentuk tindakan yang boleh diambil.

“Apa yang boleh dijelaskan ialah penganjuran Minggu Solidariti Bersama Palestin sudah dilengkapi dengan garis panduan khusus agar ia tidak dicemari unsur tidak sepatutnya,” katanya.

Garis panduan penganjuran Minggu Solidariti Palestin yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan - gambar X
Garis panduan penganjuran Minggu Solidariti Palestin yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan - gambar X

Serentak dengan itu Fadhlina berkata, KPM tidak akan berkompromi dengan pelaksanaan aktiviti yang mengandungi elemen keganasan, ekstremisme dan radikalisme.

“Semua perlu tahu Minggu Solidariti Bersama Palestin diadakan bukan sahaja untuk menegaskan pendirian Malaysia yang teguh berdiri menentang kezaliman Zionis, tetapi juga mahu mendidik semua murid dengan nilai kemanusiaan.

“Justeru, pelaksanaan program ini perlu memperincikan hak asasi manusia, keamanan, keharmonian dan kedamaian sejagat,” katanya.

Menerapkan unsur keganasan menerusi penggunaan replika senjata api walaupun sebagai props, katanya, sama sekali tidak dibenarkan.

“Ini termasuk beraksi seperti militan atau pengganas dan menayang simbol serta ikon yang mengandungi elemen provokasi dan konfrontasi,” katanya.

Fadhlina Sidek - gambar fail
Fadhlina Sidek - gambar fail

Sebuah sekolah semalam dikesan menggunakan senjata mainan, bagi menggambarkan kekejaman Rejim Zionis sempena Minggu Solidariti Palestin, yang dijadualkan berlangsung sepanjang 29 Oktober hingga 3 November.

Rakaman video berkenaan tular di media sosial, lantas mengundang kebimbangan ramai berhubung penerapan unsur kekerasan dan keganasan ke atas murid sekolah, khususnya di peringkat rendah.

Susulan insiden, KPM memaklumkan, penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi adalah tidak dibenarkan sama sekali sepanjang penganjuran program di semua institusi pendidikan.

Jurucakap kementerian berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme di sepanjang penganjuran program tersebut. – Getaran, 28 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad