web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Serah Dana Kemanusiaan Palestin Berjumlah RM11.5 Juta Kepada Wisma Putra

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 1:28PM

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi (kiri) menyerahkan replika cek kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohd Zin dalam satu majlis penyerahan di Wisma Putra, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menyerahkan sumbangan dana kemanusiaan Palestin berjumlah RM11.5 juta kepada Wisma Putra.

Dana kemanusiaan itu diserahkan Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohd Zin ketika mengadakan kunjungan hormat di Wisma Putra di sini.

KPM dalam kenyataan berkata, dana itu dikumpul menerusi penganjuran acara Minggu Solidariti Palestin yang telah dilaksanakan di semua institusi pendidikan KPM dan menerusi sumbangan daripada pelbagai pihak.

"Sumbangan diserahkan kepada Wisma Putra selaku kementerian yang bertanggungjawab menyelaras bantuan kerajaan Malaysia kepada Palestin," menurut kenyataan itu.

KPM berkata dalam sesi kunjungan hormat itu, Nik Nasarudin dan Amran turut berkesempatan bertukar pandangan berhubung situasi terkini dan usaha yang dilaksanakan untuk membantu menangani krisis kemanusiaan di Palestin.

"KPM sentiasa bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin serta komited untuk mendidik murid dan seluruh warganya tentang nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

3

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad