web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 2:32PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberi laluan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menyifatkan isu itu bukanlah boleh diselesaikan melalui sebarang tindakan oleh gerombolan berasingan.

"Kita serah pada siasatan profesional, namun pada masa sama kerajaan tetap berpendirian bahawa tiada tolak ansur terhadap perbuatan sedemikian terutamanya melibatkan agama Islam, agama Persekutuan di negara ini.

"Namun, bukan agama Islam sahaja, (juga) termasuklah menghina mana-mana kaum dan agama lain, ia tiada tolak ansur. Kita nak selamatkan negara dan perlu tindakan tegas bagi menentukan tidak berlaku mana-mana perlakuan (seperti itu) lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalannya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Anwar dalam ucapannya juga menyeru seluruh pimpinan dan anggota polis untuk terus bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh, tegas dan berani.

"Saya merayu banteras rasuah ini untuk selamatkan negara dan bangsa, jangan kita khianati amanah ini walaupun ia bukan mudah. Bila rasuah mula menjadi sistemik, ia akan menghakis seluruh sendi anggota dan ia perlu ketangkasan dan kekuatan untuk bertempur dalam bidang ini (rasuah).

"Sama-sama kita ingat pesanan 3C bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1961 iaitu, Communism, Corruption, Communalism, maknanya apa, ada sebut soal rasuah, pada tahun 1961 lagi pimpinan kita dah nampak... kini 2024 pun kita masih bertarung dengan isu rasuah," katanya.

Beliau pada masa sama turut menasihati pasukan polis untuk terus meningkatkan integriti.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk memberi kemudahan kepada sebarang proses melibatkan penambahbaikan premis dan perumahan anggota polis.

"Kita bicara soal polis kena berlawan hadapi soal digital, jenayah komersial, tapi bangunannya 20-30 tahun kekal dengan kemudahan usang, pejabat 30 tahun ketinggalan dari aspek kemudahan, sebab itu kita sekarang tumpu perumahan dan pejabat polis.

"Saya beri laluan pada Kementerian Dalam Negeri agar sebarang proses tender dipercepatkan, kita cuba sedaya upaya baiki," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 20 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 15 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar