Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 8:14AM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (duduk, tengah) bersama tetamu dan penerima anugerah Toilet Of The Year Award Tahun 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA), malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anugerah 'Toilet Of The Year 2023', yang julung kali diadakan, adalah bertujuan memastikan tandas awam di negara ini bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW), selain menaikkan imej Malaysia khususnya dalam kalangan pelancong asing.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif itu, yang juga cetusan idea beliau sendiri, adalah sebagai langkah persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia pada 2025.

“Mulai tahun ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengorak langkah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kebersihan tandas awam di negara ini dengan meningkatkan pengurusan kebersihan dan keselesaan premis itu yang sebelum ini kurang memuaskan kepada yang bertaraf BMW.

“Anugerah Toilet of The Year Award ini juga adalah satu inisiatif yang amat penting kerana melalui inisiatif inilah tandas awam yang bertaraf BMW dapat diusahakan dengan lebih giat lagi khususnya oleh pihak swasta,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian acara itu di sini, malam tadi.

Pada sidang media selepas itu pula, Nga berkata pasaran industri peralatan tandas secara global bernilai RM80 bilion dan ia dijangka meningkat sebanyak 7.6 peratus setiap tahun.

“Sebenarnya wawasan saya bukan sahaja kita mahu pastikan tandas awam negara bertaraf dunia tetapi inisiatif ini juga untuk bangunkan industri peralatan tandas… seperti di Korea ada COWAY, Jepun ada Toto... 

"Industri ini berkembang dengan sangat pesat susulan urbanisasi dunia dalam memperkenal kediaman pintar yang turut dilengkapi tandas pintar serta kesedaran dalam penjagaan tandas,” katanya.

Beliau berkata, bagi menggalakkan penyertaan pada 2024, anugerah itu akan diperluas kepada tujuh kategori berbanding lima ketika ini, manakala hadiah wang tunai dinaikkan kepada RM20,000 berbanding RM10,000 tahun ini. 

Nga berkata, pada tahun ini, sebanyak 345 penyertaan diterima bagi kategori industri hotel, pusat beli-belah, konsesi lebuh raya (hentian Rehat dan Rawat), stesen minyak serta restoran, manakala bagi 2024, kategori sekolah dan pihak berkuasa tempatan akan dimasukkan.

“Pemilihan pemenang dibuat oleh juri bebas iaitu daripada Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia dan wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, manakala KPKT hanya bertindak sebagai penganjur dan tidak terlibat dengan proses pemilihan pemenang,” katanya. 

Pemenang edisi kali ini adalah The George Group Penang (kategori hotel), Toppen Shopping Mall Johor Bahru (pusat beli-belah), Elmina Arah Selatan (hentian Rehat dan Rawat), Petron Senai Johor (stesen minyak) dan Cawan Mu Ipoh Perak (restoran). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

2

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Takde Siapa Pertikai Serban Dr MAZA, Orang Bising Kenapa Guna Senapang’ - Netizen

3

Semasa 6 bulan yang lalu

KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

4

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri