web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Unit K9 Bomba Terima Ahli Baharu, Labrador Lahirkan 'Brave'

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2026 12:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Unit Anjing Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima satu lagi 'ahli baharu' apabila anjing K9 baka Labrador, Lottie, melahirkan seekor anak jantan pada 18 Mac lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata anjing di bawah seliaan Pegawai Bomba Nelson Karupak itu dinamakan sebagai 'Brave'.

"Saya menamakan anak anjing yang baru dilahirkan ini sebagai 'Brave' dengan harapan bakal menjadi wira berkaki empat yang berani dan gagah dalam menjalankan tugas penyelamatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 dengan tema "Bomba Tonggak Penyelamatan Negara" di Plaza Angsana, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad.

Nga berkata ketika ini, JBPM hanya memiliki 34 ekor anjing pengesan dan masih memerlukan 56 ekor lagi bagi mencapai kapasiti operasi yang optimum.

Menyedari kepentingan unit K9, beliau berkata Kerajaan MADANI telah meluluskan peruntukan berjumlah RM2.4 juta bagi perolehan 16 ekor anjing pengesan baharu dari United Kingdom.

Sementara itu, sebagai langkah strategik jangka panjang, JBPM turut merancang membangunkan Pusat Operasi K9 di Bertam, Pulau Pinang yang akan melaksanakan program pembiakan domestik.

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026, yang berkonsepkan karnival selama dua hari itu diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 tahun penyatuan JBPM.

Acara turut diserikan dengan pertunjukan kawad kaki Detasmen Statik melibatkan 550 peserta serta 50 jentera dan kenderaan bomba, termasuk beberapa koleksi kenderaan dan jentera bomba milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Buang Sampah Kecil: Lebih 1,000 Ditahan, Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - Kor Ming

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Akur Buat Silap, Kor Ming Mohon Maaf ‘Ugut’ Wartawan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Takde Siapa Pertikai Serban Dr MAZA, Orang Bising Kenapa Guna Senapang’ - Netizen

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar