web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran 5 Maut: 3 Mangsa Ditemukan Dalam Bilik Air

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2026 5:20PM

Gambar JBPM Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAUB - Tiga daripada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, di sini awal pagi tadi ditemukan di bilik air manakala dua lagi di luar rumah.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata mangsa yang ditemukan dalam bilik air ialah seorang lelaki dan wanita dewasa serta anak perempuan pasangan itu.

Beliau berkata dua mangsa kanak-kanak perempuan yang ditemukan di luar rumah dua bilik itu dipercayai cuba menyelamatkan diri semasa kejadian.

"Dua kanak-kanak itu ditemukan sudah rentung di luar rumah sebaik sahaja bomba sampai pada 4.15 pagi.

"Tiga lagi dijumpai di dalam bilik air dengan kecederaan melecur selepas pemadaman penuh selesai," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Hadir sama Pengarah JBPM Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim.

Nor Hisham berkata mangsa berkemungkinan menyedari kebakaran ketika api sudah marak yang menyukarkan mereka menyelamatkan diri.

"Siasatan awal mendapati laluan keluar tidak dipasang jeriji besi dan boleh dibuka dengan cepat. Kemungkinan besar mereka sedar semasa api sudah marak yang menyukarkan pandangan untuk melepaskan diri," katanya.

Bagaimanapun, Nor Hisham berkata siasatan lanjut termasuk bagi mengenal pasti jika terdapat unsur lain terlibat dalam kebakaran itu masih diteruskan dan akan turut menggunakan khidmat anjing pengesan.

Tinjauan Bernama mendapati dua anjing pengesan, iaitu Cleo dan Derry telah berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Mohd Razam berkata pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman berjaya mengawal api pada 4.48 pagi.

Beliau berkata kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah selain melibatkan masing-masing tiga kereta dan motosikal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad