web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Kanan Kerja Raya Positif COVID-19, Akan Jalani Kuarantin Di Rumah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 5:12PM

Fadillah disahkan positif malam tadi. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan malam tadi.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan hari ini menyebut Fadillah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dibuat Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

Menurut kenyataan itu, Fadillah sebelum ini sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun lepas.

“Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tidak mempunyai sebarang gejala, mengikut seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sepanjang tempoh kuarantin, beliau akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 hari yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad