web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Stabil, Golongan Sasar Terima Pelbagai Manfaat

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2026 2:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembentukan Kerajaan Perpaduan ternyata mampu memberikan kestabilan yang amat diperlukan, selepas sekian lama negara dibelenggu pergolakan politik.

Senario ini membolehkan jentera pentadbiran memberi tumpuan penuh kepada pelbagai pembaharuan ekonomi yang amat kritikal, demi pembangunan negara secara lebih agresif.

Pengarah Urusan Neutrino Media, Aidi Amin berkata, Malaysia ketika ini berdepan cabaran pemberian subsidi menyeluruh yang tidak mampan, mencecah kira-kira RM80 bilion setiap tahun.

Menurut beliau, usaha menangani perkara itu memerlukan perubahan asas daripada subsidi populis yang meluas, kepada intervensi berasaskan data untuk melindungi golongan terdedah sambil menguatkuasakan disiplin fiskal.

"Kerajaan Madani tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan pembaharuan struktur yang tidak popular tetapi perlu," katanya.

Tegas Aidi,  antara inisiatif paling berjaya ialah mekanisme subsidi bahan api Budi Madani RON95 (Budi95), yang telah memberi manfaat kepada kira-kira 14.6 juta rakyat Malaysia.

"Subsidi RON95 yang disasarkan di bawah inisiatif Budi95 dijangka menjana penjimatan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion pada tahun 2026.

"Satu lagi inisiatif yang berjaya dilaksanakan di bawah kerajaan Madani ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang memberi manfaat kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, antara sorotan terbesar ialah kekuatan Ringgit yang baru muncul sebagai salah satu mata wang berprestasi terbaik Asia berbanding AS$.

Ini katanya, banyak memulihkan keyakinan pelabur dan kejayaan Malaysia baru-baru ini sebagai pengerusi ASEAN sekali lagi telah meletakkan negara ini dalam perhatian global.

"Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Madani telah memecahkan tradisi selama beberapa dekad untuk melaksanakan pembaharuan yang perlu, tetapi tidak popular, menjamin kesihatan fiskal negara dalam jangka panjang.

"Bantuan penting termasuk wang tunai untuk golongan memerlukan kekal menjadi keutamaan Kerajaan Madani, hasil daripada setiap RM yang berjaya dijimatkan,” katanya.

Katanya, Kerajaan Madani juga berjaya membuktikan disiplin fiskal dan keadilan sosial bukanlah kuasa yang bertentangan.

"Perdana Menteri dan jenteranya berhasil membuktikan kepada rakyat bahawa dua aspek tersebut ialah tonggak pelengkap bagi Malaysia yang moden dan berdaya tahan,” katanya. - Getaran, 14 Februari 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar