web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Agih Baucar RM150, Lancar Ambulans RM1 Lembah Pantai Sempena Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2026 5:34PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengagihkan sumbangan berbentuk baucar pembelian barangan keperluan harian bernilai RM150 kepada hampir 700 penduduk masyarakat Tionghua di kawasan parlimen itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata sumbangan itu melibatkan penerima daripada golongan B40 dan M40 bagi membantu meringankan beban mereka ketika melakukan persiapan perayaan.

"Alhamdulillah, hari ini kita mengagihkan baucar untuk membeli barangan keperluan harian dari dua pasar raya di sekitar Lembah Pantai kepada hampir 700 orang," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di pekarangan Pasar Taman Sri Sentosa di sini.

Beliau berkata rumah terbuka itu diadakan lebih awal susulan ketibaan bulan Ramadan sehari selepas perayaan tersebut.

Fahmi turut mengumumkan pelaksanaan perkhidmatan ambulans rakyat pada kadar RM1 di bawah inisiatif Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, khusus untuk penduduk Lembah Pantai, terutama golongan B40.

"Sekiranya memerlukan perkhidmatan ambulans, mereka boleh menghubungi pejabat saya...ini merupakan usaha khidmat masyarakat bagi membantu warga sekitar Lembah Pantai," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi mengingatkan hadirin supaya berwaspada terhadap kegiatan penipuan dalam talian menjelang musim perayaan kerana penjenayah siber sering mengambil kesempatan apabila orang ramai mula mengeluarkan simpanan untuk persiapan perayaan.

"Sekiranya menjadi mangsa, segera hubungi talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997 dalam tempoh 30 minit bagi membolehkan aliran keluar dana disekat," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej yang dihantar melalui WhatsApp, SMS dan media sosial termasuk tawaran pelaburan yang kelihatan terlalu baik untuk dipercayai.

Fahmi juga berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan syarikat telekomunikasi supaya tidak membenarkan penghantaran SMS yang mengandungi pautan diragui bagi membendung kegiatan penipuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad