web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Pulang Naik ETS3 Ke Ibu Negara Usai Lawatan Santai Ke Johor

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2026 6:02PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur selepas dua hari menikmati lawatan santai bersama keluarga di Johor sambil menyelami khazanah sejarah dan budaya negeri selatan tanah air itu.

"Alhamdulillah Johor, (selesai) melawat," katanya ringkas ketika ditemui Bernama sebelum berlepas pulang dari Stesen JB Sentral ke Kuala Lumpur.

Turut menemani beliau isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil diiringi Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Afzar Zakariya.

Perdana Menteri dan keluarga tiba di JB Sentral pada 3.27 petang sebelum dijadualkan menaiki perkhidmatan ETS pada 4 petang.

Anwar turut meluangkan masa berbual serta bergambar bersama pengunjung dan kakitangan di terminal berkenaan.

Beliau tiba di Johor Bahru kira-kira 3.10 petang semalam dengan menggunakan perkhidmatan sama.

Perdana Menteri meluangkan masa melawat Zoo Johor bersama cucu-cucunya, beramah mesra dengan pengunjung dan menerima penerangan mengenai perkembangan semasa premis tersebut.

Beliau turut berharap agar zoo berkenaan terus diperkasakan sebagai aset rekreasi, pendidikan dan warisan negeri yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Pagi tadi, Perdana Menteri melawat Muzium Diraja Abu Bakar yang menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor.

Anwar dalam hantaran Facebook memuji usaha Kerajaan Negeri Johor atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperhebat tarikan pelancongan negeri sejajar aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar