web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Titah Diraja Agong Dilaksana Tegas Oleh Kerajaan MADANI - PM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2026 9:23PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan dilaksanakan oleh kerajaan MADANI dengan tegas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan Titah Diraja Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 hari ini sebagai jelas dan berprinsip.

"(Titah Yang di-Pertuan Agong) jelas dan baik, (kerajaan) akan melaksanakannya dengan tegas," katanya ringkas kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan dengan menitahkan agar amalan rasuah diperangi secara besar-besaran serta menegaskan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilindungi daripada tindakan undang-undang.

Seri Paduka Baginda bertitah usaha membanteras rasuah tidak boleh tertumpu kepada penerima rasuah semata-mata, sebaliknya pemberi rasuah, ejen serta mana-mana pihak yang bersubahat turut perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas.

Selain itu, Sultan Ibrahim bertitah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula tahun ini perlu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, khususnya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri serta masa hadapan negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad