web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Maut, 4 Cedera Kemalangan 3 Kenderaan Di Lebuhraya Senai-Desaru

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2025 11:06AM

Gambar JBPM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 45.6 Lebuhraya Senai-Desaru pada awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang PBK | Nazarudin Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.37 pagi sebelum sebuah jentera bersama dengan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada 5.58 pagi, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Proton saga, sebuah Proton Wira dan sebuah Perodua Myvi.

"Dua mangsa lelaki yang tersepit berusia 21 dan 19 tahun, masing-masing menaiki Proton Saga dan Proton Wira, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

"Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) sebelum semua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan KKM untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian itu juga seorang remaja perempuan berusia 14 tahun didapati tidak sedarkan diri, dan empat dewasa mengalami kecederaan.

Nazarudin berkata operasi dikawal sepenuhnya pada 7 pagi dan ditamatkan kira-kira pukul 7.30 pagi, manakala siasatan lanjut berhubung punca kemalangan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad