web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Mulakan Siasatan Projek Libatkan TDM Sejak 2023

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2025 4:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) sejak 2023, susulan dakwaan berkaitan aliran masuk wang ke dalam akaun bank seorang pegawai kanan tentera.

Menurut sumber, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) kira-kira 11.30 pagi tadi bagi menjalankan siasatan awal terhadap projek-projek berkenaan.

Sumber itu memaklumkan fokus siasatan tertumpu kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

"SPRM turut meneliti transaksi kewangan mencurigakan dikaitkan dengan individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut," menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah melibatkan seorang pegawai kanan tentera.

Beliau berkata semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang.

Semalam, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa hasil semakan dokumen forensik diterimanya secara tanpa nama menunjukkan terdapat kemasukan wang secara bulanan dalam jumlah puluhan ribu ringgit ke dalam akaun dikaitkan dengan pegawai kanan tentera berkenaan dan ahli keluarganya.

Chegubard hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira 1 tengah hari semalam, bagi mengemukakan laporan polis berhubung dakwaan itu dan selesai memberikan keterangan sekitar 4.30 petang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar