web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemerdagangan Manusia: Mangsa Diperdaya Kenalan Sendiri - MHO

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2025 4:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majoriti rakyat Malaysia yang terjerat dalam skim pemerdagangan manusia dan penipuan pekerjaan di luar negara direkrut oleh kenalan sendiri.

Dapatan terkini Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) itu sekali gus menepis sangkaan bahawa mangsa diperdaya iklan dalam talian.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ini menunjukkan perubahan ketara dalam taktik sindiket.

Menurut beliau, kira-kira 80 peratus mangsa dipujuk oleh rakan atau kenalan manakala hanya sebahagian kecil direkrut melalui media sosial.

“Ini adalah penilaian kami berdasarkan pelbagai kes lapangan, termasuk mangsa yang baru-baru ini berjaya diselamatkan dari Myawaddy, Myanmar.

“Saya boleh katakan bahawa 80 peratus mangsa di lokasi-lokasi tersebut dibawa oleh rakan, bukan melalui media sosial. Kaedah sindiket kini semakin berevolusi, menggunakan ejen daripada kalangan rakan sebaya untuk memperdaya mangsa dengan paparan gaya hidup mewah,” katanya.

Beliau memberitahu, golongan belia merupakan kumpulan paling terdedah kepada penipuan pekerjaan di luar negara kerana mereka cenderung mempercayai rakan, berbanding amaran atau nasihat rasmi pihak berkuasa.

“Kebanyakan mangsa hanya menyedari mereka telah ditipu selepas tiba di luar negara dan dipaksa bekerja di pusat-pusat penipuan,” katanya. 

Hishamuddin menarik perhatian, platform media sosial seperti Facebook bukan lagi pendekatan utama sindiket, walaupun ia masih digunakan sebagai saluran pengambilan.

“Teknik melalui media sosial masih wujud, namun tidak lagi berleluasa seperti sebelum ini,” jelasnya.

Terdahulu, lima keluarga tempatan merayu bantuan kerajaan selepas anak-anak mereka terperangkap di Taiwan dan Kemboja.

Mangsa berusia antara 18 hingga 24 tahun itu dipercayai dipaksa terlibat dalam aktiviti penipuan, selain mengalami penderaan fizikal, kelaparan, renjatan elektrik serta dikenakan tuntutan wang tebusan yang tinggi. 

Sebahagian daripada mereka turut berdepan hukuman penjara yang panjang.

Celine, 23, berkata, adik lelakinya yang berusia 19 tahun telah ditahan di Taiwan pada Disember 2024 selepas menerima tawaran pekerjaan melalui permohonan dalam talian.

“Adik saya mendapat tawaran kerja di Taiwan melalui permohonan atas talian. Namun, dia ditahan dan didakwa atas penglibatan dengan sindiket penipuan di sana, sebelum dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun. 

“Dia turut mengalami penderaan fizikal sehingga meninggalkan kesan parut yang jelas,” katanya.

Menurut Celine, keluarganya kini sedang berusaha menggunakan saluran perundangan bagi mengemukakan rayuan dan memohon pengurangan hukuman.

Dalam satu lagi kes, seorang ibu dikenali sebagai Ooh dari Hulu Selangor menceritakan penderitaan anak lelakinya, Chin, 18 tahun, yang dipukul, dibiarkan kelaparan dan dikenakan renjatan elektrik semasa ditahan di Kemboja.

Seorang lagi ibu, Vivian, 52, pula berkata, pasport anak lelakinya, Brian, 24, dirampas sebaik tiba di negara tersebut, dan ditahan oleh sindiket yang berterusan menuntut wang tebusan dengan jumlah yang semakin meningkat.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar Negeri Malaysia berjaya memudah cara kepulangan 20 mangsa sindiket penipuan dalam talian dari Myawaddy, Myanmar.

Kesemua mereka dibawa pulang dengan selamat melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Hishamuddin berkata, kepulangan 20 individu ini dengan selamat membuktikan kepentingan kerjasama erat antara pelbagai agensi, termasuk kedutaan Malaysia serta pihak berkuasa di Myanmar dan Thailand. 

“Daripada jumlah tersebut, 12 individu sebelum ini telah dilaporkan kepada MHO oleh ahli keluarga masing-masing, sekali gus menekankan keperluan pemantauan berterusan dan tindakan pantas,” katanya.

Beliau memberi jaminan, MHO sentiasa bersedia menyalurkan semua maklumat serta dokumentasi berkaitan kepada pihak kedutaan dan agensi berkuasa bagi mempercepatkan proses membawa pulang mangsa rakyat Malaysia.

“Ini adalah isu kemanusiaan, dan kami komited untuk memastikan kepulangan selamat semua mangsa, di samping memberi sokongan kepada keluarga mereka pada setiap peringkat proses.

“MHO akan  terus menjalinkan kerjasama dengan kedutaan Malaysia di Taiwan, Kemboja dan negara-negara lain yang terlibat bagi menjalankan operasi menyelamat, memantau aktiviti sindiket serta mencegah berlakunya kes eksploitasi baharu,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

150 Individu Rugi RM830 Juta Jadi Mangsa Penipuan Pelaburan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Umat Islam Digesa Bersolidariti Desak Ambil Tindakan Terhadap Paludan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

7 Lagi Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Pekerjaan Diselamatkan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sekat Rakyat Malaysia 40 Tahun Ke Bawah Kerja Di 3 Negara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad