web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


150 Individu Rugi RM830 Juta Jadi Mangsa Penipuan Pelaburan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 7:23PM

Menurut Hishamuddin Hashim, keuntungan atau dividen ditawarkan sindiket itu adalah sangat menarik, iaitu mencecah 15 peratus setahun bagi pelaburan melalui sukuk dan tabung amanah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 150 individu dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan yang didakwa mengakibatkan mereka kerugian kira-kira RM830 juta.

Sindiket tersebut dikatakan menggunakan taktik menawarkan keuntungan antara 15 hingga 17 peratus kepada mangsa. 

Lima jenis pelaburan diperkenalkan syarikat dinaungi sindiket itu yang berselindung di sebalik operasi pengurusan pemasaran, iaitu pelaburan melalui tabung amanah, pembelian saham, pelaburan jangka pendek atau ‘short term note’ dan penerbitan sukuk.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua pelaburan ditawarkan membabitkan tempoh masa tertentu.

Menurutnya, keuntungan atau dividen ditawarkan adalah sangat menarik, iaitu mencecah 15 peratus setahun bagi pelaburan melalui sukuk dan tabung amanah. 

“Bagi pelaburan melalui ‘short term note’, untung dijanjikan adalah 20 hingga ke 24 peratus setahun.

“Pelaburan melalui pembelian saham pula, sindiket terbabit menjanjikan dividen 15 hingga 17 peratus setahun,” katanya seperti dilaporkan BH hari ini. 

Hishamuddin berkata, masalah mula timbul apabila mangsa tidak lagi menerima bayaran dividen dan keuntungan seperti dijanjikan, malah wang pelaburan mereka tidak dikembalikan walaupun selepas membuat tuntutan.

“Mangsa dimaklumkan bahawa pihak pengurusan yang memasarkan skim pelaburan berkenaan, sebenarnya orang sama menguruskan syarikat yang menerima wang pelaburan dimasukkan pelabur,” katanya.

Dalam pada itu, seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmah, 63, berkata, bukan sahaja wang simpanan lebih RM1 juta miliknya dan suami lebur, malah mereka juga tidak menikmati sebarang hasil sejak 2020.

“Saya bersama suami menyertai pelaburan ini setelah diyakinkan dengan kertas kerja serta prestasi syarikat yang menunjukkan data lengkap, langsung tak nampak sebarang unsur penipuan. 

“Kebetulan pula saya dan suami merancang nak tambah simpanan untuk masa depan.

“Jadi setelah meneliti dokumen ditunjukkan, kami terus menyertai pelaburan berkenaan,” katanya sambil memaklumkan selepas tiga bulan melabur, mereka masih tidak menerima pulangan seperti dijanjikan.

Katanya, antara alasan sering diberikan pihak berkenaan sebagai punca pulangan kepada pelabur ditangguhkan adalah kerana pandemik COVID-19 ketika itu, sehingga kononnya menyebabkan perniagaan mengalami kemerosotan.

Namun, katanya, mereka kemudian terus menyepi tanpa menghantar maklum balas kepada pelabur.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali Hashimah berkata, hubungannya dengan adik-beradik terjejas selepas wang lebih RM300,000 dilaburkan mereka lesap.

“Mulanya, saya didatangi seorang individu bertindak sebagai ejen pemasaran, menawarkan pelaburan saham sebuah syarikat dan menjanjikan pulangan lumayan. 

“Saya ajak kakak dan abang untuk sertai, kami laburkan wang kami bersama dalam pelaburan ini,” katanya.

Ujar wanita berkenaan, pulangan diharapkan kemudian tidak dibayar seperti dijanjikan, menyebabkan kakak dan abangnya hilang kepercayaan kepadanya, seterusnya ‘meretakkan’ hubungan mereka adik-beradik.

“Mereka percayakan saya sepenuhnya berkaitan pelaburan ini. 

“Saya sedih akibat penipuan ini, hubungan kami bermasalah dan sejak dividen gagal diperoleh, kami tidak lagi berhubung sedangkan saya juga mangsa, saya pun tidak mahu perkara ini terjadi,” katanya mengharapkan kes itu mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa. - Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemerdagangan Manusia: Mangsa Diperdaya Kenalan Sendiri - MHO

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

3

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad