Berita Terkini

7 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 7 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 7 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 7 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 12 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Umat Islam Digesa Bersolidariti Desak Ambil Tindakan Terhadap Paludan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 6:30PM

Rasmus Paludan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa gerakan dan umat Islam di seluruh dunia serta badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia bersolidariti mengecam tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik haluan kanan Sweden, Rasmus Paludan.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, langkah itu penting dalam mempertahankan maruah umat Islam di samping memberi tekanan kepada kerajaan Sweden agar mengambil tindakan tegas terhadap ahli politik ekstrem berkenaan.

“MHO akan bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) serta NGO lain bagi memberi tekanan keras melalui pihak kedutaan Sweden supaya individu dari parti berhaluan kanan tersebut diambil tindakan tegas.

“Individu tersebut seolah-olah dilindungi oleh kerajaan Sweden kerana tidak ada tindakan yang diambil. Semasa dia membakar al-Quran, dia serta pengikutnya dilaporkan dikelilingi anggota keselamatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, memandangkan tiada tindakan diambil setakat ini, ia seolah-olah menunjukkan kerajaan Sweden memberi kebenaran dan merelakan perbuatan Paludan.

“Menurut laporan, Rasmus Paludan yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Denmark dan Sweden menerima kebenaran untuk membakar al-Quran daripada kerajaan negara tersebut beserta kawalan daripada pihak polis.

“Walau atas apa jua alasan, tindakan pelampau sayap-kanan Sweden-Denmark itu amat memalukan dan amalan ekstremis yang cuba menghasut dan membuat provokasi serius terhadap perasaan lebih dua bilion umat Islam di dunia dan percubaan untuk mencetuskan kebencian dan keganasan,” katanya.

Pada masa sama, Hishamuddin berkata, tindakan membenarkan unsur ekstremis dengan mensasarkan umat Islam, menyebarkan kebencian terhadap kesucian serta nilai Islam dan menjadi contoh membimbangkan mengenai Islamofobia tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, perbuatan itu bakal menjejaskan keselamatan dan kestabilan yang tidak konsisten dengan nilai menghormati orang lain, kebebasan kepercayaan dan hak asasi manusia.

Sabtu lalu, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line itu menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sehari selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia Paludan yang membakar al-Quran di Stockholm.

Katanya, kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara berkenaan.

Katanya, tindakan mencemar kitab suci umat Islam secara terang-terangan oleh ahli politik Sweden terbabit dan tiada sebarang tindakan diambil, ibarat bersetuju membiarkan Islamofobia.

“Ia bukan sahaja mengundang provokasi dan sensitiviti tidak hanya kepada Turkiye, malah lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang kali yang menyasarkan umat Islam di seluruh dunia,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Majlis Madani Platform Bina Negara Madani Sempurna

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlu Rujuk MAINPP Untuk Program Lawat Rumah Ibadat Bukan Islam

3

Semasa 1 minggu yang lalu

NGO Gesa Siasatan Video Mirip Azmin Dibuka Semula, Hamzah Langgar OSA

4

Semasa 2 minggu yang lalu

150 Individu Rugi RM830 Juta Jadi Mangsa Penipuan Pelaburan

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

SPRM, Sila Siasat Segera Kewujudan Kartel Kuari Hutan Simpan Bukit Lagong

oleh Aiman Sadiq

Semasa 21 jam yang lalu

DBKL Siasat Ejen Jual Tapak Bazar, Persatuan Cadang PBT Jual Terus Ke Peniaga

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Aaron Aziz Tampil Bersumpah Bersaksikan Al-Quran Dia Tidak Bohong, Dianiaya Oleh Syamsul Yusof

Pelakon ‘KL Gangster’ itu turut mengakui telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak kepada 90 kilogram setiap hari dengan membakar 1,000 kalori semata-mat...

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Kematian Akibat Tibi Meningkat, Pesakit Sila Teruskan Rawatan!

oleh Sophia Ahmad