web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 8:23PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bersama penerima Program Sinar Kasih Ramadan anjuran Yayasan Kebajikan Negara dengan kerjasama Alliance Islamic Bank di Pasaraya Mydin Petra Jaya, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Lebih banyak syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, usaha berkenaan yang dilaksanakan di seluruh negara memerlukan sumbangan daripada rakan strategik untuk bersama-sama meringankan beban komuniti asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

"Kita menggalakkan syarikat (untuk terlibat)... sekiranya bekerjasama dengan kita, mereka juga boleh dapat pengecualian cukai, sama juga untuk NGO mereka juga boleh mohon pengecualian cukai.

"(Program kebajikan ini) bukan hanya untuk Ramadan tetapi ada juga beri barangan lain untuk membantu golongan asnaf seperti program 'Back To School' dan rakan strategik membantu kita menggantikan barangan di institusi kebajikan seperti tilam dan bantal baharu yang berjenama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Sinar Kasih Ramadan YKN bersama Alliance Islamic Bank Berhad di sini hari ini.

Nancy berkata baru-baru ini kementeriannya memberi sijil penghargaan kepada kira-kira 30 rakan strategik yang memberi sumbangan bagi melaksanakan projek kebajikan bersama YKN seperti agihan makanan dan ke,perluan harian.

Terdahulu, beliau menyantuni 100 anak asnaf dan OKU dari kawasan Demak Laut dan Pantai Damai serta membawa mereka membeli baju bagi menyambut perayaan Aidilfitri di pasar raya Mydin.

"Inisiatif ini adalah hasil daripada kerjasama syarikat korporat melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat, khususnya dengan YKN dan Alliance Islamic Bank Berhad, yang telah menyumbang sejumlah RM35,000 bagi penajaan ini," katanya.

Menurut Nancy Alliance Islamic Bank Berhad selaku penaja utama turut mengagihkan sumbangan bakul makanan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad