web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:02PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyalurkan bantuan bersesuaian kepada wanita warga emas yang mendakwa menerima layanan buruk daripada dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pegawai dari pejabatnya sendiri sudah bertemu wanita itu hari ini bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

"Pada masa yang sama kita akan menyiasat apa yang dikatakan menerusi media sosial (berkaitan dakwaan pegawai JKM memberi layanan buruk). Kita tidak dapat menerima begitu sahaja... mungkin ada sebab-sebab tertentu membuatkan perkara ini (berlaku)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dakwaan wanita itu bersama-sama suaminya, seorang pemegang kad penduduk tetap, diberi layanan buruk oleh dua pegawai JKM dan dipaksa ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) Bandar Tasik Selatan kerana menjadi gelandangan di Kuala Lumpur.

Dalam laporan itu, wanita berkenaan mendakwa rayuannya untuk terus kekal tinggal di kawasan kaki lima berdekatan sebuah restoran tempat dia bekerja mencuci pinggan mangkuk bagi menyara diri dan suaminya yang mengalami kemurungan turut tidak diendahkan.

Menurut wanita itu, seorang kenalan bersama suaminya telah bergegas ke TBS sebelum pegawai-pegawai JKM itu bersetuju melepaskan mereka.

Nancy berkata, kementeriannya dengan bantuan sebuah badan bukan kerajaan telah menyediakan tempat tinggal sementara buat pasangan itu dan hasil siasatan setakat ini mendapati wanita berkenaan mahu bekerja sendiri dan bukan menjadi penerima bantuan semata-mata.

"Alhamdulillah, mereka telah memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai pejabat saya dan kita akan pastikan mereka akan dijaga dengan sebaik-baiknya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar