web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Kilang Warga Nepal Maut Dihempap Pintu Pagar Asrama

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2025 3:51PM

Gambar JBPM Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Seorang pekerja kilang warga Nepal maut dihempap pintu pagar sebuah asrama di Valdor Sungai Jawi di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa dikenali sebagai Bhujel Ram berusia 37 tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.43 pagi sebelum sepasukan 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Sungai Bakap dikerah ke lokasi kejadian.

"Pasukan Keluaran Operasi menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan mengalihkan pintu pagar tersebut namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat daripada pengawal dan rakaman kamera litar tertutup di premis itu, kejadian berlaku ketika mangsa hendak membuka sendiri pagar tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

John berkata ketika kejadian, pengawal keselamatan yang bertugas tiada di situ kerana sedang membuat rondaan di lokasi lain dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad