web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Sempadan Kemboja-Thailand: Malaysia Terus Berperanan Selaku Pemudah Cara - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2025 10:54PM

Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara yang adil dan bertanggungjawab, terutamanya dalam membantu Thailand dan Kemboja mencapai penyelesaian berkekalan berkaitan isu sempadan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia komited dan tegas dalam aspek melibatkan keamanan serantau yang seterusnya menyumbang kepada pengukuhan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Anwar berkata beliau hari ini telah berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet bagi menilai perkembangan terkini berkaitan isu itu.

"Dalam perbincangan tersebut, saya menghargai setulusnya pendekatan yang matang yang diambil pihak Kemboja yang terus memilih jalan damai serta memberi keutamaan pada penyelesaian melalui perundingan dan dialog yang sihat.

"Malaysia tentunya mendukung sepenuhnya pendirian Kemboja untuk menggunakan saluran yang telah disepakati bersama sebelum ini dan menyemangati Perjanjian Damai Kuala Lumpur bertarikh 26 Oktober 2025 sebagai landasan untuk menamatkan pertikaian yang berlarutan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar prinsip berkenaan penting bagi memastikan sebarang perbedaan didepani dengan tenang, tersusun dan berasaskan persefahaman serantau.

Sementara itu, Manet dalam catatan Facebooknya hari ini menyatakan terima kasih kepada Anwar kerana terus memainkan peranan penting dan aktif dalam memudahkan dan mencari penyelesaian secara aman antara Kemboja dan Thailand.

Media antarabangsa melaporkan pada Isnin, Panglima Angkatan Tentera Thailand mengumumkan penggantungan semua perjanjian dengan Kemboja berikutan letupan periuk api di sempadan sekali gus meningkatkan lagi ketegangan selepas pertempuran pada Julai.

Empat askar Thailand dilaporkan cedera selepas periuk api jenis PMN-2 meletup semasa rondaan di wilayah Sisaket dengan seorang kehilangan kaki kanan.

Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Hun Manet, disaksikan oleh Anwar dan Presiden Amerika Syarikat Donala Trump, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad