web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Cadangkan Penubuhan MAGERAN, Kerajaan Gagal Tangani Krisis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 6:35PM

Dr Mahathir tidak yakin yang kerajaan sekarang akan mencadangkan penubuhan MAGERAN. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah di Istana Negara petang tadi.

Jelas Dr Mahathir, penubuhan majlis tersebut mampu menyelesaikan empat krisis besar yang semakin parah membelenggu negara sekarang ini, dan gagal diselesaikan oleh kerajaan sedia ada.

Empat krisis tersebut jelas beliau, adalah krisis kesihatan, ekonomi serta kewangan, politik dan sosial yang kesemuanya berpunca dari kegagalan menangani  pandemik COVID-19 secara holistik.

“Saya mencadangkan MAGERAN (kepada Yang di-Pertuan Agong) kerana MAGERAN yang ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 1969 dan diketuai oleh Tun Abdul Razak berjaya menangani masalah pada ketika itu.

“Krisis pada ketika itu adalah krisis politik dan ia telah diselesaikan apabila Tun Abdul Razak menjemput parti-parti politik pembangkang untuk bekerjasama dengan kerajaan,” kata Dr Mahathir dalam sidang media secara maya di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga pengasas kepada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) berkata, Yang di-Pertuan Agong menjelaskan, MAGERAN hanya boleh ditubuhkan jika ia dicadangkan oleh pihak kerajaan.

“Jika hanya kerajaan yang boleh mencadangkan penubuhan MAGERAN maka saya tidak rasa kerajaan ini akan berbuat sedemikian kerana mereka sendiri kata mereka tidak perlukan MAGERAN,” katanya.

Perjumpaan Dr Mahathir dengan baginda di Istana Negara hari ini adalah rentetan daripada panggilan menghadap pemimpin parti-parti politik oleh baginda yang bermula semalam dan dijangka berakhir esok.

Semasa menghadap baginda, Dr Mahathir memberitahu, beliau turut memaklumkan tentang situasi pandemik COVID-19 negara yang kian parah meskipun dengan pelaksanaan tempoh darurat.

“Selepas kerajaan mengisytiharkan darurat, kes harian jangkitan baharu COVID-19 meningkat dari 2,000, malah pernah juga negara merekodkan sampai 9,000 kes jangkitan baharu.

“Ini menyebabkan hospital kita tidak mampu memberikan rawatan yang mencukupi sehingga mereka yang mempunyai gejala COVID-19 disuruh untuk duduk di rumah sendiri kerana hospital kekurangan katil,” jelasnya.

Setakat ini, antara yang dilihat sudah mengadap baginda adalah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden MCA Datuk Seri Ir Wee Ka Siong, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi esok. - Getaran, 10 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun M Tidak Sihat, Bicara Kes Saman Terhadap Ahmad Zahid Ditangguhkan 19 Julai

2

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Tun M, Ku Li Dinasihat Tarik Diri, Jadikan Malaysia Kembali Hebat

3

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Ahmad Idham, Eizlan Yusof, Azlan Sani Zawawi Antara Calon Kerusi Parlimen GTA

4

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Artis Tempatan Digesa Manfaat Teknologi Metaverse

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 53 minit yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad