web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artis Tempatan Digesa Manfaat Teknologi Metaverse

Galeri Maya Metaverse bertujuan untuk merealisasikan platform memperkasakan generasi artis yang akan datang untuk menyerlahkan potensi sebenar mereka menggunakan teknologi terkini.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 4:12PM

Dr Mahathir Mohamad pada majlis pelancaran Galeri Maya Metaverse & NFTS ‘Warisan Tun Dr Mahathir' - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis tempatan perlu menggunakan dan memanfaatkan teknologi metaverse dan Non-Fungible Token (NFT) atau token tidak sepiawai untuk memacu seni dan teknologi negara ke peringkat seterusnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat gesaan itu berkata perubahan teknologi menjanjikan perkara yang lebih baik untuk masyarakat kerana ia akan memberi mereka lebih banyak prospek untuk berhubung dengan kurator dan meningkatkan kerjaya mereka.

“Saya diberitahu bahawa metaverse dapat memberi pembelajaran inklusif. Saya berharap ia dapat menyumbang banyak kepada kehidupan kita, termasuk dalam cara pembelajaran dan komunikasi.

“Dua tahun pandemik COVID-19 telah membuktikan dengan tepat (hal) ini. Daripada membeli makanan kepada menganjurkan mesyuarat, semuanya dilakukan secara dalam talian,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Galeri Maya Metaverse & NFTS ‘Warisan Tun Dr Mahathir' baru-baru ini, sebuah projek oleh syarikat pemula niaga Malaysia, Uniquepro Meta Holdings Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengerusi Projek Martin Chew berkata pelancaran Galeri Maya Metaverse bertujuan untuk mewujudkan dan merealisasikan platform iaitu seni dan teknologi dijalin dengan lancar bagi memperkasakan generasi artis yang akan datang untuk menyerlahkan potensi sebenar mereka menggunakan teknologi terkini.

“Ia juga akan berfungsi sebagai platform komunikasi antara budaya yang boleh diakses secara serta-merta yang mengatasi halangan dan batasan termasuk lokasi geografi, masa dan bahasa.

“Oleh yang demikian, pelaksanaan Galeri Maya Metaverse akan dapat diakses oleh individu di seluruh dunia dalam era baharu teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Diperkukuh (AR) di samping mempamerkan dan memelihara detik-detik bersejarah dalam kehidupan dan zaman Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah (Mohd Ali), bersama dengan ikon-ikon selebriti dan negarawan lain yang akan datang,” katanya.

Chew berkata ia juga akan berfungsi sebagai platform pendidikan yang membolehkan generasi Malaysia yang sedia ada dan akan datang untuk mengalami detik-detik bersejarah yang penting dalam sejarah negara seperti yang mereka tidak pernah dapat alami sebelum ini.

“Walaupun ekosistem metaverse adalah konsep yang agak baharu, namun ia telah membawa kepada penciptaan pelbagai kemajuan teknologi yang membentuk masa depan dalam masa nyata,” tambah beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun M Tidak Sihat, Bicara Kes Saman Terhadap Ahmad Zahid Ditangguhkan 19 Julai

3

Karier 2 tahun yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Negara Perlukan Desentralisasi Pendidikan, Guru Harus Tingkatkan Kefahaman Literasi Perundangan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan