Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


PRU-15: Tun M, Ku Li Dinasihat Tarik Diri, Jadikan Malaysia Kembali Hebat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 8:12PM

Lim Kit Siang berkata, menjelang hari penamaan esok, semua calon diminta bersatu di belakang mesej ‘Mari jadikan Malaysia hebat sekali lagi’ - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan supaya menarik diri sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Nasihat itu disuarakan veteran DAP, Lim Kit Siang menerusi surat terbuka diutuskan kepada semua calon PRU-15 yang turut dikongsikan di blognya.

Menurut mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, surat terbabit ditulisnya memandangkan PRU-15 berkemungkinan besar menjadi pilihan raya umum paling penting dalam sejarah Malaysia.

Lim Kit Siang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menolak penamaan sebagai calon dalam PRU-15 - Gambar Fail
Lim Kit Siang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menolak penamaan sebagai calon dalam PRU-15 - Gambar Fail

“Saya minta Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menolak penamaan sebagai calon dalam PRU-15.

“Serahkan usaha untuk memenuhi impian Malaysia menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia kepada golongan anak muda di Malaysia,” katanya.

Menerusi surat itu, Kit Siang berkata, menjelang hari penamaan esok, semua calon diminta bersatu di belakang mesej ‘Mari jadikan Malaysia hebat sekali lagi’.

Katanya, dalam 65 tahun selepas penubuhan Malaysia, ia terpesong dari prinsip pembinaan negara yang diterapkan tokoh kemerdekaan negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Malah, jelasnya, negara pernah beraspirasi, seperti dikatakan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman supaya menjadi ‘sinar cahaya dalam dunia sukar dan terganggu, tetapi dalam enam dekad lepas, sebaliknya apa dilihat adalah menyumbangkan kepada kegelapan.

“Serahkan usaha untuk memenuhi impian Malaysia menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia kepada golongan anak muda di Malaysia,” - Lim Kit Siang

“Veteran UMNO yang juga merupakan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama, Tan Sri Yusoff Latiff, selalu suka mengenang kembali detik ketika almarhum Tunku Abdul Rahman mengambil alih pimpinan UMNO dari Onn Jaafar pada tahun 1951, di mana ketika itu parti tersebut tidak ada wang dan Tunku menjual rumahnya di Pulau Pinang untuk membiayai urusan UMNO.

“Tetapi hari ini, kita tidak ada Presiden UMNO yang terpaksa menjual rumahnya untuk membiayai perbelanjaan UMNO. Sebaliknya, negara kita menjadi bahan berita antarabangsa apabila hampir 300 kotak bag tangan mewah dan berdozen beg berisi wang tunai serta barang kemas, dibawa pergi pihak polis dalam serbuan ke kediaman berkaitan bekas Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri,” katanya.

Kit Siang berkata, empat Presiden UMNO terawal, Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn tidak akan sama sekali membuat kenyataan berterus-terang seperti dilontarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan MIC pada hari Parlimen dibubarkan, iaitu PRU-15 diadakah untuk menyelamatkan ‘Kluster Mahkamah’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah serta dipenjarakan.

Malaysia masih boleh diselamatkan dan patut diselamatkan

Tegasnya, tidak ada seorang pun dari empat Presiden terawal UMNO itu akan membiarkan Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah kleptokrasi, apatah membiarkan Malaysia dikenali sebagai ‘kleptokrasi dalam bentuk terburuk’

Beliau berkata, kisah ‘kolam renang’ Razak kini terkenal selepas diceritakan anak bongsunya, Nazir yang memberitahu bahawa bapanya dengan mengangkat kening bertanya kepada mereka ‘Bagaimanakah rupanya sekiranya Perdana Menteri membelanjakan wang awam untuk membina sebuah kolam renang untuk keluarganya?’

“Pada tahun 1979, semasa Perhimpunan Agung UMNO, Perdana Menteri ketika itu, Hussein, memberikan amaran yang Malaysia akan hancur sekiranya pemimpinnya tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan korup, selain menyatakan harapan supaya skandal Bank Rakyat ketika akan menjadi ‘pengajaran pahit kepada institusi dan agensi kerajaan lain, termasuklah syarikat dan anak syarikat dibentuk oleh kerajaan.’

“Namun, dari skandal Bank Rakyat melibatkan RM100 juta pada 1979, masalah kita semakin membarah sehinggalah kepada skandal 1MDB membabitkan RM50 billion tiga dekad kemudian, bersama dengan pelbagai skandal mega lain seperti paling baharu, skandal kapal tempur pesisir (LCS) dengan kos RM9 billion.

“Tokoh kemerdekaan seperti Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin dan V T Sambanthan tidak akan membiarkan Malaysia menjadi sebuah ‘kleptokrasi’, apatah lagi ‘kleptokrasi dalam bentuk terburuk’ dan disamakan dengan kleptokrat lain di dunia, seperti Marcos dari Filipina dan Suharto dari Indonesia. Tidak dapat dibayangkan untuk mereka berdiam diri dan tidak mengecam skandal 1MDB,” katanya.

Kisah ‘kolam renang’ Razak kini terkenal selepas diceritakan anak bongsunya, Nazir yang memberitahu bahawa bapanya dengan mengangkat kening bertanya kepada mereka ‘Bagaimanakah rupanya sekiranya Perdana Menteri membelanjakan wang awam untuk membina sebuah kolam renang untuk keluarganya?’

Mengulas lanjut, Kit Siang menegaskan, Malaysia perlu tetapkan semula hala tuju dan kembali kepada prinsip ditetapkan tokoh kemerdekaan, iaitu negara beraja perlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman bebas, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah minima, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia dan perpaduan negara serta keharmonian dari masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya.

“Kita ditinggalkan di belakang satu demi satu negara dari segi ekonomi, iaitu Taiwan, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Vietnam. Melainkan kita bangkit semula, kita akan ditinggalkan di belakang lebih banyak negara lagi.

“Kita perlu sedar Malaysia berada dalam masalah yang dapat dilihat dari nilai Ringgit Malaysia kita, di mana pada suatu ketika dahulu, satu Ringgit Malaysia bersamaan dengan satu Dolar Singapura, kini satu Dolar Singapura sudah bersamaan dengan RM3.345.

“Semasa Transparency International (TI) mula menerbitkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 1995, kita berada jauh di hadapan China, India, dan Indonesia,” katanya.

Selain itu, sejak daripada era ini,China, India dan Indonesia terus merapatkan jurang mereka dengan mempunyai kerajaan bersih dan jujur.

Ujarnya, ia berkemungkinan besar menyaksikan China mengatasi kedudukan Malaysia berkaitan TI-CPI dalam dekad ini, manakala India dan Indonesia mengatasi kedudukan Malaysia dalam dekad yang akan datang.

“Malaysia masih boleh diselamatkan dan patut diselamatkan.

“Marilah semua calon berjanji melakukan sebaik mungkin untuk mengelakkan Malaysia menjadi satu lagi Sri Lanka atau Zimbabwe menjelang ulang tahun ke-100 negara, supaya Malaysia dapat memenuhi potensinya untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia serta mengembalikan status Sabah dan Sarawak sepenuhnya, seperti mana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963,” katanya. - Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Tun M Tidak Sihat, Bicara Kes Saman Terhadap Ahmad Zahid Ditangguhkan 19 Julai

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

3

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

4

Politik 8 bulan yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

Semasa 1 hari yang lalu

Reman Suspek Kes Tembak KLIA Disambung 5 Hari Lagi

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Pinggirkan Orang Asli Di KKB – Penduduk

oleh Noel Achariam