web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Aktivis Malaysia, 1 Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2025 6:52PM

Dr Sani Araby Abdul Alim Araby - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Lima rakyat Malaysia dan seorang rakyat Brunei yang sebelum ini terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di tanah air semalam.

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua mereka akan memulakan tugas sukarelawan di SNCC mulai malam ini.

"Jumlah keseluruhannya adalah lapan orang, termasuk seorang aktivis Brunei. Dua daripada lapan itu sudah berada di Amman, Jordan untuk membantu pihak perundangan kita.

"Lima lagi akan masuk ke SNCC bersama dengan seorang lagi warga Brunei," katanya pada sidang media mengenai perkembangan GSF di sini hari ini.

Difahamkan, mereka mempunyai masalah kesihatan dan telah diterbangkan dari Athens, Greece ke Malaysia.

Mereka adalah Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein, Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan warga Brunei Rezahmaisalamah Md Yusof.

Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Kementerian Luar sebelum ini mengesahkan kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF telah ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Ditanya mengenai perkembangan mengenai keluarga aktivis yang ditahan, beliau berkata anggota keluarga mereka telah ditempatkan di sebuah hotel untuk memberikan maklumat sahih dan terkini kepada mereka.

"...kerana kami nampak agak penting untuk mereka ini menerima maklumat lebih awal. Jadi, sebelum datang ke sini (SNCC), saya singgah ke sana (hotel) dulu memaklumkan kepada pihak keluarga.

"Ini adalah kerana mereka ini ada yang sudah terkesan apabila membaca pelbagai bentuk berita. Ada berita naratifnya bagus, ada posting yang tidak cukup masak yang menyebabkan mereka tertanya-tanya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Sukarelawan GSF Malaysia Bicara Tanpa Peguam, Kerajaan Terus Pantau Situasi - Mohamad

2

Semasa 9 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

3

Semasa 9 bulan yang lalu

GSF: Kapal Terakhir Telah Dipintas Rejim Zionis - SNCC

4

Semasa 9 bulan yang lalu

GSF: 3 Kapal Bawa 9 Aktivis Malaysia Masih Berlayar - SNCC

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 32 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad