web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukarelawan GSF Malaysia Bicara Tanpa Peguam, Kerajaan Terus Pantau Situasi - Mohamad

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2025 3:26PM

Sebahagian aktivis GSF yang ditahan tentera Israel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah besar sukarelawan Malaysia yang ditawan tentera Israel selepas dipintas ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah dibicarakan tanpa wakil peguam.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peguam Pusat Perundangan bagi Hak Minoriti Arab (ADALAH) di Israel telah bersiap sedia untuk mewakili tahanan Malaysia, tetapi dihalang daripada mendapatkan akses semasa prosiding awal.

Menurut beliau, tindakan tersebut jelas bercanggah dengan prinsip perundangan.

“Kerajaan berharap baki sukarelawan akan dibicarakan dengan kehadiran peguam selepas cuti perayaan Yom Kippur.

“Israel kini sedang bercuti kerana menyambut perayaan agama mereka,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) di Sepang.

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Jelas Mohamad, semua aktivis negara telah diarahkan menandatangani surat deportasi untuk mempercepatkan proses pembebasan jika ditahan, sebelum flotila tersebut memulakan pelayaran. 

“Kerajaan sedang memantau keadaan mereka, walaupun komunikasi kini terputus.

“Inilah sebabnya peserta Malaysia diberi taklimat menyeluruh bagi mengelak sebarang provokasi yang boleh memburukkan keadaan,” katanya.

Beliau memberitahu, Malaysia bersedia sepenuhnya untuk memudahkan kepulangan 23 warganegara yang ditahan. 

Untuk hal ini katanya, misi diplomatik di Jordan, Türkiye, Mesir, Algeria dan negara Asia Barat lain turut diarahkan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Kita sudah bersedia di Türkiye, Kaherah, Istanbul, dan Algeria. Semua misi kita siap siaga untuk memberi sokongan dan bantuan kepada rakyat Malaysia.

“Laluan keluar mereka mungkin melalui Jordan, Istanbul, Cyprus, atau lokasi lain, bergantung kepada keputusan rejim Israel,” katanya. 

Tambah beliau, kepulangan sukarelawan Malaysia juga bergantung kepada rundingan dengan sekutu diplomatik negara. 

“Negara ASEAN yang mempunyai kedutaan di Israel turut terlibat dalam usaha membebaskan mereka.

“Saya sendiri telah menghubungi Timbalan Setiausaha Negara AS, Christopher Landau bagi membantu memudahkan pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan,” katanya.

Berhasil Temui 331 Peserta

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, peguam daripada ADALAH sekitar 24 jam lalu berhasil bertemu dengan 331 peserta GSF di Pelabuhan Ashdod. 

Dr Sani Araby Abdul Alim Araby - Gambar Amirah Abu Bakar
Dr Sani Araby Abdul Alim Araby - Gambar Amirah Abu Bakar

Menerusi pertemuan itu katanya, empat peserta terdiri daripada warganegara Itali telah dibebaskan.

“SNCC turut menerima laporan daripada pihak ADALAH yang mengesahkan delegasi Malaysia kini ditempatkan di Penjara Ketziot Rejim Israel dan telah dinasihatkan ADALAH untuk menandatangani borang Request for Immediate Departure.

“Kami dimaklumkan bahawa pihak ADALAH telah berhubung dengan 20 daripada 23 orang delegasi Malaysia, yang ditahan manakala tiga peserta lagi akan diuruskan dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut Sani berkata, kesemua peserta dipaksa melutut dengan tangan bergari zip-tie selama lima jam, selepas sebahagian daripada mereka melaungkan slogan Free Palestine.

“Peserta juga dinafikan akses asas seperti air, tandas, dan ubat-ubatan,” katanya, kesal.

Beliau menarik perhatian, SNCC bersama kerajaan Malaysia kini sedang bersiap sedia untuk membawa pulang semua 23 orang delegasi Malaysia.

Katanya, proses evakuasi akan dimulakan sebaik sahaja menerima isyarat daripada kerajaan Turkiye yang menjadi penghubung utama dalam rundingan diplomatik dengan rejim Zionis ketika ini. 

“Semua barangan bantuan kemanusiaan merangkumi beras, susu formula, air bersih, ubat-ubatan dan lain-lain telah dibawa bersama misi GSF ini.

“Barangan tersebut dipercayai masih berada di atas kapal yang telah dipintas,” katanya. - Getaran, 4 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

2

Politik 1 bulan yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 37 minit yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad