web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Warga Myanmar Ditahan Disyaki Bunuh Rakan Senegara

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2025 4:21PM

Mohd Yusoff Mamat (tengah) menunjukkan senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Empat warga Myanmar termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki membunuh rakan senegara di sebuah rumah kongsi dekat kebun Sonchong, Gua Musang pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata suspek berusia 30 hingga 46 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan di rumah kongsi di tapak ladang, Hutan Simpan Kekal Ulu Galas, Gua Musang kira-kira 7.30 pagi semalam.

"Kejadian dipercayai akibat cemburu kerana mangsa dikatakan memeluk suspek wanita yang berusia lingkungan 30-an, sebelum kesemua mereka bertindak memukulnya menggunakan sebilah parang penebas sawit sehingga maut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata keempat-empat suspek juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan telah direman selama tujuh hari bermula semalam.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Mohd Yusoff berkata polis telah menahan tiga beranak terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan berusia 19 hingga 60 tahun serta merampas dadah dan daun ketum bernilai kira-kira RM1.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah dekat Mukim Pauh Panji, di sini pada Rabu.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis menemukan 18 bungkusan kertas kekuningan disyaki berisi dadah jenis pil Yaba seberat 12.02 kilogram dan 150 bungkusan plastik cerah disyaki daun ketum.

"Kesemua suspek direman selama dua minggu bermula 11 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran