web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


POLITY Sambut Baik Pelancaran WPS, Iktiraf Peranan Besar Wanita

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2025 5:41PM

Nurul Izzah Anwar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Lumpur – Pelancaran Pelan Tindakan Nasional pertama berkenaan Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS) 2025–2030 dilihat sebagai langkah penting untuk memperkukuh peranan wanita.

Pengerusi Eksekutif POLITY, Nurul Izzah Anwar berkata, pelan berkenaan  jelas mengiktiraf peranan golongan wanita dalam membina keamanan, keselamatan serta pembangunan yang inklusif dan mampan.

Menurut beliau, pelan yang dilancarkan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 9 September lalu itu turut menegaskan komitmen Malaysia terhadap Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) 1325.

“Ia juga membawa mesej bahawa suara, kepimpinan dan perlindungan wanita adalah teras dalam memastikan keamanan dan pembangunan terjamin,” katanya.

Jelas Nurul Izzah, empat tunggak utama pelan yang digariskan iaitu Perspektif, Pencegahan, Penyertaan dan Perlindungan, menyediakan rangka kerja jelas bagi menterjemahkan agenda WPS kepada rakyat.

“Cabaran terbesar bukan pada dasar, tetapi pelaksanaannya di lapangan. 

“Keamanan tidak boleh sekadar kekal di atas kertas, ia mesti dihidupkan dalam isi rumah, kejiranan dan komuniti,” katanya.

Beliau menarik perhatian, pelaksanaan pelan tersebut akan menjadi fokus utama dalam Persidangan Kepimpinan Wanita Asia Tenggara 2025: Wanita, Keamanan & Keselamatan anjuran POLITY pada 30 September depan.

“Persidangan ini akan menampilkan tokoh serantau seperti Dwi Rubiyanti Kholifah, Profesor Tan Sri Jemilah Mahmood dan Dr Amina Rasul-Bernardo.

“Keamanan tidak pernah datang sebagai jaminan. Ia harus sentiasa dipelihara, dan dalam setiap langkah perjalanan ini, wanita mesti menjadi nadi penggerak,” katanya. - Getaran, 11 September 2025

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

RPM 2026-2035 Perlu Pelaksanaan Menyeluruh, Libat Urus Semua Pihak - Nurul Izzah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polity Dilancar, Fokus Perkasa Isu Sosio Ekonomi Rakyat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hentikan Keganasan Terhadap Palestin, Nyawa Setiap Anak Amat Bernilai - Nurul Izzah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran