web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polity Dilancar, Fokus Perkasa Isu Sosio Ekonomi Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2025 5:15PM

Nurul Izzah Anwar ketika melancarkan Polity malam tadi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah badan pemikir baharu dikenali sebagai Polity yang dilancarkan secara rasmi semalam dipercayai mampu memainkan peranan untuk memperkasa sosio ekonomi rakyat. 

Pengerusi Eksekutif Polity, Nurul Izzah Anwar berkata, badan berkenaan komited untuk menjalankan penyelidikan berasaskan bukti, menyokong dasar inklusif dan melaksanakan usaha advokasi akar umbi.

Menurut beliau, Polity juga bakal memberi tumpuan kepada program intervensi yang memacu perubahan bermakna dengan mengutamakan pemerkasaan wanita, belia dan komuniti memerlukan di negara ini. 

“Polity menggariskan empat tonggak utama termasuk isu sosio-ekonomi, akses dan kesaksamaan dalam kesihatan, keadilan sosial, serta teknologi, kemahiran dan rangkuman digital,” katanya pada majlis makan malam Inisiatif Penyelidikan Ekonomi Sosial (SERI) di sini.

Jelas Nurul Izzah, badan itu tahun ini telah merangka pelbagai acara utama, mencakupi program latihan kepimpinan wanita: Women Worldwide, ASEAN Women Leadership Conference: Women, Peace and Security, dan Youth Policython.

“Misi Polity bukan sahaja tertumpu kepada Malaysia tetapi juga melangkaui sempadan ke peringkat ASEAN dan global.

“Untuk memastikan setiap bidang teras ini didorong dengan kepakaran yang betul, Polity disokong oleh sekumpulan penasihat dan pakar dalam bidang masing-masing,” katanya. 

Mengulas lanjut beliau berkata, barisan penasihat itu termasuk Pakar Keselamatan Sosial, Dr Amjad Rabi; Pakar Perlindungan Pengguna, Shobah Veera dan Pakar Peningkatan Kemahiran Teknologi, Ts. Dr. Lee Hing Wah. 

Pada majlis sama, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mengumumkan pertukarannya dari  SERI bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda bersama Polity.

“Langkah ini menandakan komitmen saya untuk menerajui inisiatif dasar yang lebih luas dan berimpak tinggi, selaras dengan misi Polity,” katanya. – Getaran, 18 Februari 2025

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

RPM 2026-2035 Perlu Pelaksanaan Menyeluruh, Libat Urus Semua Pihak - Nurul Izzah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

POLITY Sambut Baik Pelancaran WPS, Iktiraf Peranan Besar Wanita

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hentikan Keganasan Terhadap Palestin, Nyawa Setiap Anak Amat Bernilai - Nurul Izzah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad