web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Keganasan Terhadap Palestin, Nyawa Setiap Anak Amat Bernilai - Nurul Izzah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 9:30PM

Nurul Izzah Anwar (tengah) menyuarakan bantahan pada bantahan di hadapan Kedutaan AS semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selain Israel, Amerika Syarikat (AS) selaku sekutu rapat Zionis turut menjadi sasaran kemarahan penduduk dunia, apatah lagi pemimpin negara Uncle Sam itu secara terbuka melabel Hamas sebagai gerakan pengganas.

Ia menyebabkan beberapa kedutaan AS di beberapa negara menjadi mangsa, apabila orang ramai bertindak berhimpun di hadapan premis terlibat bagi menyuarakan bantahan.

Ada juga antara bantahan berkenaan bertukar ganas sehingga memaksa pihak berkuasa menggunakan kekerasan untuk mententeramkan keadaan.

Turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam bantahan seumpama itu ialah Gabungan Wanita Malaysia Untuk Al Quds dan Palestin (MWCQP), yang turut disertai mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul  Izzah Anwar.

MWCQP pada bantahan di hadapan Kedutaan AS di Jalan Ampang di sini semalam tidak ketinggalan menghantar nota bantahan, bagi menyuarakan pendirian dan sokongan padu terhadap Palestin.

Nurul Izzah ketika ditemui berkata, dunia perlu bertindak pada kadar segera bagi menghentikan genosid ke atas penduduk Palestin.

Tegas beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) misalnya mengutuk keras semua kekejaman dilakukan.

“Kuasa besar khususnya AS wajib menjalankan peranan masing-masing demi menghentikan semua kegilaan Zionis.

“Pendirian AS yang menyebelahi Israel memberikan mereka ‘lesen’ untuk meneruskan jenayah perang ini. Rumah Putih juga tidak membantu apabila mengecam mana-mana ahli politik yang menyatakan sokongan terhadap Palestin,” katanya.

Dalam hal ini jelas Nurul Izzah, suara Masyarakat antarabangsa amat diperlukan untuk mempengaruhi komuniti dunia agar semua keganasan tersebut dapat dihentikan.

"Negara seperti UK (United Kingdom) yang terpengaruh dengan Presiden Joe Biden (Presiden AS) perlu mendengar rayuan rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk menghentikan pembunuhan besar-besaran ni.

"Keadilan adalah asas masyarakat kita," tambahnya.

Berterima kasih atas laporan Al Jazeera yang telus walaupun berdepan ancaman Israel, beliau memberitahu, ia sewajarnya dicontohi agensi berita global lain bagi memastikan rakyat Palestin menerima keadilan.

“Dunia perlu tahu keadaan sebenar yang menimpa Palestin dan mengelak daripada dipengaruhi dakyah palsu rejim Zionis yang mahu menyembunyikan kekejaman dilakukan.

“Nyawa setiap anak Palestin tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Mereka berhak memiliki kehidupan yang selamat dan dilindungi,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad