web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SARA RM100: Sistem Pembelian Berjalan Lancar - PM 

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2025 5:47PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Prestasi sistem pelaksanaan bantuan penghargaan sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini berjalan dengan baik dan lancar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun timbul sedikit masalah pada awal pelaksanaannya, namun masalah berkendan telah dapat diatasi.

"Saya tengok kalau setakat tadi bukan satu, (tapi) tujuh atau lapan (pembelian) yang saya tengok, nampak berjalan baik. Cuma hari pertama, kedua ada glitch (gangguan sementara) sikit, sekarang nampak lancar.

"Sekarang dah tak ada masalah...dah empat, lima hari, tak ada satu aduan pun lagi," katanya semasa melakukan tinjauan sempena Program Outreach SARA 2025 di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Mengenai penambahbaikan sistem SARA, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebarang ikhtiar atau dasar baharu berkaitan sistem bantuan berkenaan akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2026, Oktober ini.

Sementara itu, Anwar berkata pelaksandan bantuan penghargaan SARA RM100 tidak tertumpu kepada pasar raya besar sahaja tetapi turut merangkumi kedai runcit dan pasar raya di kawasan luar bandar.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, kerajaan mengumumkan pemberian sekali beri sebanyak RM100 kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas di bawah program SARA, yang disalurkan terus melalui Mykad.

Inisiatif berkenaan memberi manfaat kepada 22 juta rakyat melibatkan tambahan RM2 bilion, menjadikan peruntukan keseluruhan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA tahun ini mencecah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar