web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dirakam Keterangan - Polis Sabah

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2025 2:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis merakam keterangan kira-kira 60 saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir,13, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Beliau berkata pihaknya juga dibantu oleh pakar kaunseling bagi membolehkan pelajar yang trauma dapat memberikan keterangan dengan jelas mengenai kejadian berkenaan.

"Siasatan itu telah kita bawa ke Bukit Aman untuk pemerhatian dan juga penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara. Kita serahkan kepada pihak Bukit Aman untuk memberikan pandangan lanjut berkaitan dengan siasatan kes ini sebagai pihak yang lebih tinggi.

"Kita tidak menolak kemungkinan dakwaan buli ini, tetapi siasatan masih berjalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.

Sambutan itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 12 tengah hari, 17 Julai lepas, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai lepas.

Jauteh berkata siasatan polis pada masa ini menjurus kepada dua elemen utama, iaitu punca kematian dan keadaan persekitaran mangsa.

Beliau berkata orang ramai mahukan siasatan yang telus dan menyeluruh ke atas kes berkenaan, justeru pihaknya mengambil sedikit waktu untuk menyelesaikan siasatan itu secara teratur dan profesional.

Pada 18 Julai lepas, IPK Sabah telah menghantar satu pasukan khas untuk melakukan siasatan di sekolah.

"Saksi antaranya pelajar sekolah itu, kalau kita buat siasatan secara tidak profesional atau tidak teratur sudah tentulah ini akan menambah lagi trauma mereka terhadap keadaan yang ada sekarang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar