web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RMK13: Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Laksana Reformasi Perundangan Dan Institusi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2025 2:08PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan MADANI komited untuk memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti sejak peringkat awal pendidikan hingga ke jentera pentadbiran.

Menurut beliau, pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan melaluipenguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025, dengan keutamaan diberikan kepada usaha mengurangkan beban kawal selia yang membelenggu rakyat dan komuniti perniagaan.

“Di bawah usaha pendigitalan perkhidmatan awam melalui GovTech, MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian. 

“Gerbang tunggal sektor awam juga akan dibangunkan sebagai platform sehenti bagi memudahkan urusan rakyat,” katanya semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. 

Jelas Perdana Menteri, GovTech membolehkan sistem kehakiman negara termasuk Mahkamah Syariah ditambah baik. 

“Penambahbaikan sistem e‑ Syariah dan perekodan prosiding misalnya, akan mempermudah dan mempercepat urusan orang awam, pegawai mahkamah termasuk peguam syarie.

“Kerajaan juga sedang melaksanakan projek pembangunan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, penjawat awam akan diberikan latihan intensif dalam bidang digital dan AI (kecerdasan buatan) bagi memperkasa bakat digital negara dan memanfaatkan analitik data raya. 

“Dengan sasaran 95 peratus perkhidmatan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya menjelang tahun 2030, kita yakin Malaysia mampu berdiri megah sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpacukan teknologi AI dan digital.

“Dengan pendekatan berfokus dan usaha berterusan, Malaysia pasti berupaya mencapai kedudukan 20 terbaik dunia dalam Online Service Index (UN e-Government Development Index) serta mengekalkan Kategori A dalam GovTech Maturity Index,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran